Friday, March 27, 2020

MENGGALAKKAN PERDAGANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DALAM ASEAN MEMBUKTIKAN DAPAT MERANGSANG PERTUMBUHAN EKONOMI SERANTAU -- KATA PUSAT ASEAN-JEPUN

TOKYO, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perkhidmatan pendidikan adalah satu daripada tiga mata pelajaran perkhidmatan sosial1 untuk dikaji oleh Pusat ASEAN-Jepun (AJC) untuk menggalakkan perdagangan perkhidmatan sosial.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200326005246/en/

Tugas ekonomi utama bagi perkhidmatan pendidikan adalah untuk membina modal insan yang memenuhi keperluan kemahiran bagi pasaran buruh, untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dan, dengan itu, merangsangkan pertumbuhan ekonomi, kata AJC dalam laporan mereka “Menggalakkan Perdagangan Perkhidmatan dalam ASEAN: Perkhidmatan Pendidikan” (https://www.asean.or.jp/en/trade-info/pst2_papers/).

Negara-negara ASEAN semakin mengambil bahagian di dalam kebanyakan jenis dan mod perdagangan dalam perkhidmatan pendidikan, tetapi terutamanya sebagai pengimport. Pada tahun 2017, dalam Mod 2 (penggunaan di luar negara -- satu daripada empat mod bagi bekalan perkhidmatan), lebih daripada 285,000 orang pelajar dari semua negara ASEAN belajar di luar negara, berbanding dengan 144,000 orang pada tahun 2000. Berhubung dengan eksport bagi pendidikan tinggi melalui Mod 2, pada tahun 2017, ASEAN menjadi tuan rumah kepada 200,000 orang pelajar asing, kebanyakannya belajar di tiga buah negara: Malaysia (100,000), Singapura (53,000) dan Thailand (32,000). Eksport ini berkait rapat dengan tarikan “kampus-kampus cawangan antarabangsa” (IBC).

Aliran perdagangan kedua terbesar dari segi nilai (dan terbesar dari segi volum) ialah jualan bagi sekolah-sekolah antarabangsa (Mod 3 - kehadiran komersial). Bilangan sekolah di kebanyakan negara ASEAN telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seperti juga dengan pendaftaran (daripada 300,000 murid pada tahun 2015 kepada 520,000 orang pada tahun 2019), memandangkan kerajaan telah meliberalisasikan secara beransur-ansur akses bagi anak-anak tempatan ke sekolah-sekolah ini. Pada tahun 2019, pendapatan yuran tusyen bagi sekolah-sekolah antarabangsa di ASEAN telah melebihi $5 bilion.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13231

No comments:

Post a Comment