Friday, March 6, 2020

MOORE NANOTECHNOLOGY MENGUMUMKAN PEMBUKAAN PUSAT TEKNOLOGI SHANGHAI


SWANZEY, N.H., 5 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Moore Nanotechnology Systems (“Nanotech”), pembekal global terkemuka untuk sistem pemesinan berketepatan tinggi dan DKSH, iaitu Kumpulan Perkhidmatan Pengembangan Pasaran di negara China, mengumumkan pembukaan besar-besaran untuk pusat demonstrasi, latihan dan penggunaan Pemesinan Berketepatan Tinggi (UPM) mereka di Daerah Minhang di Shanghai, China.

Kemudahan berukuran 350 m2 itu akan memberikan akses kepada pelanggan Nanotech untuk bilik darjah dan demonstrasi amali bagi model 250UPLV2 , mesin larik pemutar berlian, yang digunakan untuk penghasilan kanta optik sfera dan bukan sfera, pin acuan, cermin, optik bentuk bebas dan komponen mekanikal berketepatan tinggi yang lain.  Di samping pemutaran berlian titik tunggal, pusat itu juga akan menawarkan akses kepada peralatan metrologi yang berkaitan, Kejuruteraan Aplikasi dan sokongan perisian NanoCAM®4 dalam bentuk latihan, persidangan dan mesyuarat secara persendirian.

Scott Gerhart, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran untuk Nanotech berkata, “Nanotech terus melihat perkembangan kukuh di seluruh Asia, untuk merangkumi penggunaan yang khusus kepada modul kamera, produk elektronik pengguna dan segmen automotif. Inilah masa yang wajar untuk menyertai rakan serantau kami DKSH dan menunjukkan komitmen kami kepada pelanggan menerusi pusat yang canggih ini.”  Kata Encik Gerhart lagi, “Kemudahan seperti ini hanya akan bermanfaat jika terdapat sokongan padu daripada orang dalam, oleh itu kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Dr David Robinson dalam Pasukan Nanotech.  Tempoh bertugas Dr Robinson yang panjang sebagai Pengarah Bersekutu untuk Optik Berketepatan di Universiti Durham di UK, serta reputasinya yang hebat sebagai perintis dalam pemutaran berlian, menjadikannya pilihan terbaik untuk mengetuai aktiviti aplikasi ini sambil bekerja bersama-sama DKSH.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13150 

No comments:

Post a Comment