Wednesday, March 25, 2020

LEDDARTECH MENAMBAH BAIK PASUKAN PENGURUSAN DENGAN PELANTIKAN 4 EKSEKUTIF DENGAN KEPAKARAN DALAM KERJASAMA STRATEGIK, PENGURUSAN PRODUK, PENGELUARAN DAN RANTAI BEKALAN

QUEBEC CITY, 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala di pasaran, berbangga untuk mengumumkan tambahan empat eksekutif pada syarikat. Selaras dengan perkembangan dan visi LeddarTech, individu-individu ini akan masing-masing memimpin bahagian dan mendukung piawai yang akan meningkatkan visi dan pembangunan, pengeluaran, rantai bekalan serta kerjasama strategik produk.
Stéphane Rousseau, ahli profesional dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman, telah dilantik sebagai Naib Presiden Operasi Global. En. Rousseau bertanggungjawab untuk memantau pengeluaran, kejuruteraan pengeluaran, pengurusan projek, pematuhan kualiti dan standard, IT dan Rantai Bekalan.
Dr. David Cheskis telah dilantik sebagai Naib Presiden Pengurusan Rangkaian Produk.  Beliau membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam kepakaran semikonduktor, optoelektronik, dan teknologi RF, takrifan produk, pemasaran teknikal dan pengurusan kepada peranan ini. Dr. Cheskis akan memantau rangkaian produk sistem pada cip (SoC), perisian dan modul LiDAR untuk automotif dan mobiliti.
Michael Poulin, yang telah bersama LeddarTech sepanjang sepuluh tahun lepas, telah dilantik sebagai Naib Presiden Kerjasama Strategik dan Pembangunan Koporat. Sebelum ini, En. Poulin memegang jawatan Naib Presiden Pengurusan Rangkaian Produk. Dalam peranan baru beliau, tanggungjawab utama beliau ialah kerjasama strategik dan Ekosistem Leddar™. Mandat beliau adalah untuk memaksimumkan manfaatkan semua pihak yang bekerja secara kolaboratif sebagai sokongan bagi platform automotif dan mobiliti LiDAR berdasarkan teknologi LeddarEngine™ LeddarTech. En. Poulin juga akan menerajui perancangan strategik korporat dan inisiatif pertumbuhan lain ke arah mengukuhkan kedudukan LeddarTech sebagai peneraju pasaran dalam teknologi penderiaan.
David Moon menyertai LeddarTech sebagai Pengarah Produk Automotif dalam pasukan Pengurusan Rangkaian Produk. En. Moon mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri semikonduktor dengan kepakaran yang meluas dalam produk penderiaan optik. En. Moon akan bertanggungjawab untuk mengurus pasukan yang bertanggungjawab terhadap produk SoC LiDAR automotif termasuklah platform perisian dan kerjasama dengan pasukan jualan dan pemasaran untuk menyokong pelanggan automotif dan keperluan pembangunan mereka.
“Saya berasa sukacita untuk mengalu-alukan pasukan kepimpinan ini ke LeddarTech”, kata En. Frantz Saintellemy, presiden dan COO LeddarTech. “Ahli profesional yang berpengalaman ini akan memaksimumkan keupayaan kita untuk menyokong jangkaan pertumbuhan hasil jangka masa terdekat ini sementara membolehkan kita meningkatkan lagi sokongan kita terhadap keperluan pelanggan”, rumus En. Saintellemy.

No comments:

Post a Comment