Tuesday, February 9, 2021

"BELANJAWAN 2021 : DIGITALISASI BANTU PKS DAN USAHAWAN MIKRO TRANFORMASI PERNIAGAAN"

KOTA BHARU 8 Feb (Bernama) -- Mengapa digitalisasi mampu transformasikan perniagaan pada hari ini? Penggunaan automasi dan teknologi digital dalam perniagaan ketika krisis pandemik Covid-19 adalah jalan terbaik untuk membolehkan pertumbuhan ekonomi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Mikro meningkatkan kecekapan dan daya saing dan seterusnya menjana keuntungan.

Justeru, teknologi digital, seperti internet dan teknologi mudah alih telah mengubah sektor perindustrian terutamanya berkaitan pengoperasian dan menyusun atur syarikat kerana ciri-ciri dan kepantasan inovasi teknologi digital. Selain itu, teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) turut dilhat mampu mengautomasikan operasi dan kerja dengan lebih menjimatkan banyak masa dan tenaga manusia.

Namun, tidak mudah bagi syarikat atau usahawan PKS untuk menerima dan mengaplikasikan transformasi digital dalam perniagaan mereka. Justeru, kerajaan memperuntukkan pelbagai inisiatif serta bantuan pembangunan teknologi digital kepada PKS dan Usahawan Mikro pada Belanjawan 2021 baru-baru ini untuk memberi nafas baharu kepada PKS meneruskan perniagaan mereka.
 
Dalam Belanjawan 2021 kerajaan telah memperkenalkan geran khas Skim Transformasi Digitalisasi Industri melalui Bank Pembangunan Malaysia (BPMB) kepada PKS, menerusi geran BPMB itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan digitalisasi dalam perniagaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14229

No comments:

Post a Comment