Friday, February 5, 2021

IVANTI DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU 2020-2021 IDC MARKETSCAPE UNTUK PERISIAN UEM SEDUNIA

 Ivanti diiktiraf kerana keupayaan keselamatan yang mendalam, sokongan mantap untuk pelbagai jenis peranti dan capaian rangkaian yang meluas


SALT LAKE CITY, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ivanti, platform automasi yang membantu menjadikan setiap sambungan IT lebih pintar dan lebih selamat, hari ini mengumumkan yang ia telah diisytiharkan sebagai Peneraju di IDC MarketScape: Penilaian Vendor Pengurusan Titik Akhir Bersepadu Sedunia 2020-2021 (doc #US46957820, Januari 2021).  Pengiktirafan ini menyusul selepas Ivanti mengambilalih MobileIron, penyedia untuk penyelesaian UEM yang berpusat kepada mudah alih.

“Kami percaya ini mengesahkan yang Ivanti/MobileIron menyediakan salah satu penyelesaian UEM menyeluruh yang kukuh untuk peranti mudah alih dan komputer peribadi (PC),” kata Alan Braithwaite, pengarah kanan pengurusan produk di Ivanti. “Pengambilalihan MobileIron mempercepatkan pelan UEM kami dengan membantu membolehkan kami untuk menemukan, mengurus dan menjamin sebarang titik akhir dalam mana-mana rangkaian. Melihat ke hadapan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan lebih nilai kepada para pelanggan kami dengan menyediakan platform yang benar-benar bersepadu yang menyatukan UEM, keselamatan dan barisan pengurusan perkhidmatan IT kami dan membolehkan para pelanggan melakukan penjagaan, menjamin keselamatan dan melakukan servis sendiri secara proaktif dan autonomi terhadap peranti dalam ‘everywhere enterprise’ (perusahaan yang mana kakitangan boleh bekerja di mana sahaja mereka berada).”

Hari ini, penyelesaian UEM Ivanti meningkatkan produktiviti pengguna dan IT dengan membantu pentabir-pentadbir IT mengumpulkan data peranti yang lengkap, mengautomasikan perisian aturan OS, mengubahsuai persekitaran ruang kerja berdasarkan keperluan dan memperbaiki isu-isu pengguna dengan cepat.  Ia memudahkan proses-proses pengurusan dengan menyepadukan tindakan dengan penyelesaian IT melalui penggunaan konsol Ivanti tunggal dan memberikan automasi merentas sistem-sistem yang pelbagai, termasuk Windows, Mac, ChromeOS, Linux, Unix, iOS, Android, dan peranti-peranti IoT.

Menurut laporan IDC MarketScape, “Ivanti/MobileIron memiliki sokongan kukuh untuk titik akhir Windows dan macOS, pada tahap yang terperinci, termasuklah OS dan penapungan pihak ketiga, inventori perkakasan/perisian, kawalan jauh, penyediaan aplikasi dan sokongan untuk fungsi-fungsi dan ciri-ciri pengurusan legasi, seperti pengimejan peranti untuk Windows dan Mac), sokongan pengurusan GPO (Windows), pengurusan dan persediaan pencetak (Windows/macOS) dan pengedaran app moden dan legasi (Windows macOS) (pengedaran fail DMG dan sokongan Mac App Store yang diuruskan).”

“Dengan megambil alih MobileIron, Ivanti memperluas kemampuannya dalam pengurusan dan keselamatan titik akhir moden untuk menjadi peneraju yang mantap dalam UEM. Syarikat gabungan ini juga mempunyai rangkaian global pengendali mudah alih, penjual semula, dan rakan kongsi yang meluas dalam perisian infrastruktur perusahaan,” kata Phil Hochmuth, naib presiden program mobiliti perusahaan di IDC. "Dengan kekuatan masing-masing, perusahaan-perusahaan dan SMB (perniagaan kecil dan sederhana) yang  ingin memusatkan fungsi dan alat pengurusan mobiliti mereka harus mempertimbangkan Ivanti."

Untuk mengakses petikan laporan percuma, klik di sini.

Mengenai IDC MarketScape:

Model penilaian vendor IDC MarketScape direkabentuk untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai kecergasan pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang kompetitif di pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan menggunakan metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan satu gambaran grafik kedudukan setiap vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan kerangka kerja yang jelas di mana penawaran, keupayaan dan strategi produk dan perkhidmatan, dan faktor kejayaan pasaran semasa dan masa depan vendor IT dan telekomunikasi dapat dibandingkan secara bermakna. Rangka kerja ini juga memberikan penilaian teknologi 360 darjah kepada pembeli teknologi mengenai kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan bakal vendor.
 
Mengenai Ivanti

Platform automasi Ivanti menjadikan setiap sambungan IT lebih pintar dan selamat merentas pelbagai jenis peranti, infrastruktur dan kakitangan. Dari PC dan peranti mudah alih hingga kepada infrastruktur komputer meja maya dan pusat data, Ivanti menemukan, mengurus, menjamin keselamatan dan melakukan servis aset IT daripada awan sehingga ke mana-mana bahagian dalam ‘everywhere enterprise’ - sambil menyediakan pengalaman mengikut keperluan kakitangan. Data korporat mengalir bebas ke seluruh peranti dan pelayan dalam ‘everywhere enterprise’, memberi peluang kepada pekerja untuk menjadi produktif di mana sahaja mereka bekerja dan dengan apa cara sekalipun mereka bekerja. Ivanti beribu pejabat di Salt Lake City, Utah dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat  lanjut, lawati www.ivanti.com dan ikuti @GoIvanti.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14224

No comments:

Post a Comment