Thursday, February 4, 2021

IWBI Melintasi Tonggak Utama Global Di Dalam Memajukan Kesihatan Dan Kesejahteraan

NEW YORK, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- International WELL Building Institute (IWBI), pihak berkuasa dunia tentang cara bagaimana kita boleh menggunakan bangunan dan komuniti kita untuk memajukan kesihatan dan kesejahteraan orang di dalamnya, hari ini mengumumkan bahawa projek WELL kini telah melintasi 1.5 bilion kaki persegi merentasi lebih 80 buah negara. Kejayaan tersebut adalah bukti dalam mempercepatkan penerimaan dunia dan pertumbuhan luar biasa dari kurang dari satu tahun yang lalu, ketika projek WELL melampaui 500 juta kaki persegi di hampir 60 buah negara.

Pada Jun 2020, IWBI telah melancarkan Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL, dengan memanfaatkan kepakaran dan maklumat balas yang sedia ada dari Pasukan Petugas IWBI yang dianggotai 600 orang mengenai COVID-19. Dengan menggunakan ciri-ciri dari sebuah subkumpulan dari WELL Building Standard (WELL), Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL adalah satu penilaian yang disahkan pihak ketiga berdasarkan kepada bukti bagi semua jenis bangunan dan ruang baharu dan yang sedia ada yang ditumpukan pada dasar-dasar operasi, protokol penyelenggaraan, pelan kecemasan dan strategi penglibatan pihak berkepentingan untuk membantu organisasi memberi keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan bagi kakitangan mereka, pelawat dan pihak berkepentingan, dan kembali kepada perniagaan semasa waktu wabak ini.

Lebih daripada 8,500 kemudahan telah mendaftar di dalam Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL sehingga kini, termasuk bangunan ikonik seperti Stadium Yankee dan Empire State Building, organisasi perkhidmatan kewangan global seperti JPMorgan Chase, pemimpin hotel seperti Aimbridge Hospitality, organisasi telekomunikasi seperti T-Mobile, pemaju hartanah seperti Brookfield Properties dan Kilroy Realty, organisasi kecergasan seperti Life Time, dan banyak lagi.

“Pandemik itu dengan cepat mengalihkan perbualan berhubung kesihatan, dan peranan IWBI di dalam membantu mengurangkan impak virus itu dan menyokong keselamatan dan kesejahteraan orang ramai kini lebih jelas daripada sebelumnya,” kata Paul Scialla, Pengasas IWBI dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat induk itu, Delos.

“Kadar bagi penerimaan adalah luar biasa, dengan pendaftaran merentasi penawaran WELL kini secara purata 2 juta kaki persegi setiap hari,” kata Rachel Hodgdon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IWBI. “Ini adalah disebabkan oleh komuniti kami yang berdedikasi dari seluruh pelusuk dunia – WELL AP, WELL Faculty, ahli, pelanggan dan penasihat kami.”

WELL AP dan WELL Faculty adalah satu komuniti yang aktif dan berkembang yang membawa pendidikan mengenai WELL kepada rakan sekerja dan pelanggan di seluruh dunia. Lebih daripada 16,000 individu telah mendaftar atau mencapai kelayakan WELL AP dan telah membantu IWBI dengan pantas untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

“Ini adalah pencapaian yang luar biasa dalam enam tahun sejak WELL dilancarkan,” kata Hodgdon. “Walaupun pandemik itu telah menjejaskan sebahagian besar daripada kehidupan kita, ia juga memberi kita kesempatan untuk mengembangkan satu pergerakan yang berpotensi untuk melakukan banyak perkara kebaikan. Setiap tonggak ini merupakan satu penegasan mengenai perlunya orang diberikan keutamaan, dan kami tidak sabar untuk berkongsi apa yang kami ada.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14214

No comments:

Post a Comment