Friday, February 26, 2021

OAG DAN IATA MEMPERKUKUHKAN PERKONGSIAN DATA UNTUK MEMERANGI TURUN NAIK PASARAN DAN JADUAL

Data komprehensif yang dibekalkan oleh platform awan baharu OAG akan membantu memacukan peralatan kecerdasan pasaran Airport IS IATA.

BOSTON, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, penyedia terkemuka dunia bagi data perjalanan dan pandangan telah bersetuju untuk menjalin satu perkongsian dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), untuk menyediakan jadual dan data rujukan melalui platform awan baharu mereka. Sebagai sebahagian daripada perkongsian yang diperkukuhkan di antara dua pemimpin penerbangan itu, OAG juga akan menyediakan IATA dengan satu versi khusus bagi peranti Penganalisis terkemuka di pasaran mereka yang akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada satu ikatan bersama Airport IS dan peralatan lain yang ada di masa hadapan.

Dibangunkan pada platform awan Snowflake, bekalan bagi data rujukan dan jadual memberikan pelanggan dengan data jadual versi terkaya dan terbaharu yang terdapat di pasaran.

“Impak yang berterusan daripada COVID-19 terhadap turun naik trafik telah menjadikannya penting untuk menggerakkan produk kami dengan data terkini yang tersedia,” kata Charles de Gheldere, Pengarah Data Penerbangan di IATA. “Perkongsian kami yang diperkukuhkan  dengan OAG membekalkan pelanggan lapangan terbang kami dengan data yang terkini dan tepat dan platform berasaskan kepada awan yang sangat berinovatif, moden dan fleksibel. Penawaran IATA dan OAG yang digabungkan itu membolehkan lapangan terbang untuk beroperasi dengan lebih bijak dan cekap dan pada masa yang sama mengemudi suatu tempoh yang paling tidak dapat diramalkan di dalam sepanjang hayat industri kami.”

Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif, OAG berkata, “Teknologi kami yang berkualiti tinggi, fleksibel dan kreatif membolehkan kami untuk menyesuaikan diri dengan turun naik pasaran yang berterusan dengan menyampaikan versi yang optimum bagi data kami secara langsung di tangan pelanggan kami. Perkongsian kami yang lebih mendalam dengan IATA dan pelaburan di platform awan baharu kami adalah langkah terbaharu di dalam perjalanan kami yang berterusan untuk memperkasakan industri itu dengan data dan teknologi yang terbaik di dalam kelasnya.”

Perkongsian pelbagai tahun itu secara rasminya berkuatkuasa pada 1 Januari, 2021 dan menandakan permulaan satu perhubungan yang berkembang dengan kedua-dua organisasi itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara bagaimana OAG menggunakan teknologi terkini itu untuk memacukan dunia perjalanan, klik di sini.

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.

Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14288

No comments:

Post a Comment