Thursday, February 4, 2021

Toshiba Menambahkan IC eFuse Baharu, sebuah Fius Elektronik untuk Penggunaan Berulang yang Menawarkan Perlindungan Voltan Berlebihan yang Boleh Dilaraskan dan Fungsi Output Isyarat FLAG

 




TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE)--
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menambahkan satu IC eFuse baharu, “TCKE712BNL,” kepada barisan IC eFuse mereka untuk penggunaan berulang yang menyokong fungsi untuk melindungi litar talian kuasa.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210201005991/en/

Fius fizikal konvensional — fius tiub kaca dan fius cip — melindungi litar talian kuasa dengan mematikannya secara fizikal ketika ia berada dalam keadaan arus berlebihan, dan apabila digunakan dan telah pecah ia mesti diganti. IC eFuse direka untuk menggantikan fius seumpama itu di dalam menyediakan perlindungan dan keselamatan litar talian kuasa, dan bagi menyampaikan pelbagai fungsi perlindungan terbina dalam di samping perlindungan lebihan arus dengan sangat tepat.

TCKE712BNL melindungi talian kuasa dengan satu fungsi perlindungan voltan berlebihan yang dapat dilaraskan dengan keperluan pengguna dengan perintang luaran. Ia juga mempunyai satu fungsi arus penghalang terbalik di dalam keadaan OFF, yang membolehkan penggunaan di dalam aplikasi pemultipleks kuasa. Di samping itu, fungsi perlindungan terbina dalamnya meliputi arus lebihan, litar pintas dan suhu berlebihan. Ia juga mempunyai satu fungsi FLAG yang menghantar satu isyarat luaran jika berlaku keabnormalan pada litar, menjadikannya lebih mudah untuk mengesan kemungkinan kesilapan daripada produk semasa Toshiba.

Toshiba akan terus memperkukuhkan barisan IC eFuse mereka untuk melindungi litar talian kuasa bagi pelbagai aplikasi.

Penggunaan

- Perlindungan bagi litar talian bekalan kuasa
(komputer riba, konsol permainan, peralatan realiti terimbuh dan realiti maya, pembesar suara pintar, pembersih robot, pelayan rangkaian, dll.)

Ciri-ciri

- Fungsi arus penghalang terbalik dalam keadaan OFF
- Fungsi perlindungan arus berlebihan/voltan berlebihan yang boleh dilaraskan oleh pengguna
- Fungsi output isyarat FLAG
- Pakej WSON10 nipis dan padat: 3.00 × 3.00mm (jenis), T = 0.75mm (maksimum)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14220

No comments:

Post a Comment