Wednesday, February 3, 2021

VITRUVIAN BAKAL MEMPEROLEH MAJORITI PEGANGAN SAHAM DALAM EXPEREO

AMSTERDAM, Netherlands, 2 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vitruvian Partners, firma pertumbuhan modal dan beli habis antarabangsa, telah mencapai persetujuan dengan Apax Partners sas, firma ekuiti persendirian Eropah yang berpangkalan di Paris, untuk memperoleh majoriti pegangan saham dalam Expereo, pembekal terkemuka dunia untuk Internet Terurus, akses Awan dan penyelesaian SD-WAN. Apax Partners akan kekal sebagai pemegang saham minoriti bersama Vitruvian Partners dan pasukan pengurusan syarikat tersebut, yang akan terus memimpin perniagaan. Penyempurnaan urus niaga tersebut adalah tertakluk pada pemerolehan surat keterangan kawalan penggabungan yang lazim.

Expereo memiliki prestasi pertumbuhan, kewangan dan pemerolehan yang meningkatkan nilai, memantapkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam membekalkan Internet Global yang terurus dan penyelesaian ketersambungan rangkaian kepada rakan pembekal perkhidmatan komunikasi dan pelbagai pelanggan korporat multinasional yang mengagumkan di seluruh dunia.

"Vitruvian Partners akan memperkukuh lagi trajektori pertumbuhan kami yang megah, membolehkan kami untuk memperoleh keuntungan dengan lebih cepat daripada perubahan dan peluang penting yang dibawa oleh transformasi digital dalam rangkaian global dan ruang ketersambungan awan"," kata Irwin Fouwels, CEO Expereo. "Vitruvian dan sokongan padu daripada Apax Partners, akan membolehkan kami untuk membangunkan lagi kedudukan kepimpinan kami secara besar-besaran, di samping memperluas suit perkhidmatan kami, membolehkan transformasi rangkaian dan strategi awan diutamakan untuk pelanggan perusahaan global kami dengan Internet dan perkhidmatan akses awan yang dipertingkatkan dengan satu-satunya pengalaman pelanggan digital yang terbaik".

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14215

No comments:

Post a Comment