Saturday, February 27, 2021

FEATURESPACE MELANCARKAN RANGKAIAN PERILAKU MENDALAM AUTOMATIK

 Pemimpin dunia di dalam pencegahan Jenayah Kewangan Perusahaan memperkenalkan satu lapisan pertahanan yang lebih mendalam untuk kad dan pembayaran


LONDON & ATLANTA & SINGAPURA, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Featurespace memperkenalkan Rangkaian Perilaku Mendalam Automatik bagi industri kad dan pembayaran, dengan menyediakan satu lapisan pertahanan yang lebih mendalam untuk melindungi pengguna daripada penipuan, pengambilalihan akaun, penipuan kad dan pembayaran, yang menelan belanja anggaran $42 billion pada tahun  2020.

“Pentingnya pembangunan ini melampaui ruang lingkup dalam menangani jenayah kewangan perusahaan. Ia benar-benar generasi seterusnya bagi pembelajaran mesin,” kata Dave Excell, pengasas bagi Featurespace.

Penciptaannya

Satu kejayaan di dalam teknologi pembelajaran mendalam, penciptaan ini memerlukan satu kaedah yang sepenuhnya baharu untuk merancang dan membina platform pembelajaran mesin. Rangkaian Perilaku Mendalam Automatik adalah satu seni bina baharu berdasarkan kepada Rangkaian Neural Berulang yang hanya tersedia melalui versi terbaharu bagi Hab Risiko ARIC™.

Cabaran dan Penemuannya

Teknologi pembelajaran mendalam mempunyai pelbagai aplikasi, seperti di dalam pemprosesan bahasa semula jadi untuk meramalkan kata-kata berikutnya di dalam sesuatu ayat, bagaimanapun penggunaannya di dalam mencegah penipuan di dalam penipuan kad dan pembayaran belum dapat dioptimumkan untuk melindungi syarikat dan pengguna daripada penipuan kad dan pembayaran. Dengan penciptaan ini, cabaran itu dapat diselesaikan.

Urus niaga adalah sekali-sekala, menjadikan pemahaman kontekstual mengenai masa adalah sangat penting untuk meramalkan tingkah laku. Sebelum ini, untuk membina model pembelajaran mesin yang berkesan untuk pencegahan penipuan memerlukan saintis data mempunyai kepakaran domain yang mendalam bagi mengenal pasti dan memilih ciri-ciri data yang sesuai – satu langkah yang memerihkan, namun penting.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14297

No comments:

Post a Comment