Saturday, February 6, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN GEGANTI FOTO BERARUS TINGGI 100V UNTUK PERALATAN PERINDUSTRIAN


 

TOKYO, 5 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TLP241B,” sebuah geganti foto berarus tinggi di dalam sebuah pakej DIP4 untuk peralatan perindustrian seperti pengawal logik yang boleh diprogramkan dan antara muka I/O. Sampel dan kuantiti pengeluaran tersedia sekarang.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  
https://www.businesswire.com/news/home/20210204005495/en/
 
TLP241B telah mengintegrasikan MOSFET berdasarkan kepada proses U-MOS bagi generasi terbaharu Toshiba. Dengan TLP241B, voltan terminal output OFF-state telah dilanjutkan kepada 100V, satu peningkatan 150% dari 40V bagi TLP241A semasa. Ia ditempatkan di dalam sebuah pakej DIP4 yang serba boleh, dan merupakan produk DIP4 yang pertama[1]  di dalam industri itu yang menyampaikan voltan terminal output 100V OFF-state, arus ON-state 2A dan voltan pengasingan 5kV. Perluasan penarafan ini merangkumi pelbagai aplikasi.

TLP241B boleh menggantikan sebuah geganti mekanikal sentuhan 1-Form-A. Tidak seperti geganti mekanikal, TLP241B tidak mempunyai sentuhan yang bergerak untuk turun mutu. Ciri-ciri pemacu arus rendahnya juga meningkatkan jangka hayat produk. Manfaat lain adalah masa tindak balas yang cepat dan penjimatan ruang PCB disebabkan oleh ukuran pakej yang lebih kecil.
 
Oleh kerana penarafan suhu kendalian maksimum adalah 110℃, margin reka bentuk suhu bagi peralatan adalah lebih mudah untuk diperoleh.

Penggunaan

- Peralatan perindustrian (Pengawal logik yang boleh diprogramkan, antara muka I/O dan pelbagai kawalan sensor, dll.)
- Sistem automasi bangunan (Pemanasan, Pengudaraan dan Penyaman Udara (HVAC) dan termostat, dll.)
- Penggantian bagi geganti mekanikal (sistem AC 24 hingga 48V, sistem DC 24 hingga 100V)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14227

No comments:

Post a Comment