Friday, February 12, 2021

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KEEMPAT DAN HASIL PENUH TAHUN 2020

· EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun keempat 2020 masing-masing $1.70 dan $1.75 berbanding masing-masing $1.61 dan $1.54 pada suku tahun keempat 2019
· EPS yang dilaporkan dan dilaraskan bagi tempoh tahun 2020 yang penuh masing-masing $5.15 dan $6.23 berbanding masing-masing $6.13 dan $6.61 pada tempoh setahun yang lalu
· Syarikat ini menjangkakan jualan bersih dan pendapatan operasi tahun penuh 2021 akan meningkat secara sederhana, didorong dengan peningkatan bahan istimewa, pemulihan volum lain dan penjimatan Cost Smart

WESTCHESTER, Ill., 11 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global pembekal penyelesaian bahan kepada industri pembuatan makanan dan minuman ini melaporkan hasil bagi suku tahun keempat dan tahun penuh 2020 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Kami menyahut cabaran 2020 dan memberikan prestasi yang mantap sementara memajukan Peta Jalan Memacu Pertumbuhan di kelima-lima platform Istimewa kami. Pasukan kami menunjukkan kecekapan sepanjang tahun dengan mengendalikan kilang kami dengan cekap, berhubung rapat dengan pelanggan, menjangkakan keperluan mereka dan membolehkan kami untuk terus menjadi pembekal pilihan. Peralihan kepada cara baharu bekerja menghasilkan lebih daripada 1,300 penglibatan maya dengan pelanggan bagi mencipta bersama dan menyampaikan idea serta penyelesaian inovatif daripada platform interaktif maya kami, Idea Labs.”

“Kami mempunyai prestasi yang cemerlang pada suku tahun keempat dengan pertumbuhan jualan bersih sebanyak 3% tahun demi tahun, dengan setiap rantau menyumbang kepada pertumbuhan jualan bersih. Volum permintaan pada tiga daripada empat rantau kembali pulih daripada impak COVID-19, yang merupakan tanda yang sangat menggalakkan. Selain itu, kami juga mempunyai prestasi yang hebat di Amerika Selatan, diterajui perolehan sebut harga yang kukuh, yang membolehkan kami agar kekal selari dengan inflasi dan keadaan pasaran yang berubah-ubah,” ujar Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion.

“Dalam suku tahun tersebut, kami juga melengkapkan pemerolehan strategik pemilikan 100% kami terhadap Verdient Foods, Inc., menggerakkan pasukan integrasi serta melanjutkan pembinaan pada rangkaian pengeluaran protein berasaskan tumbuhan Istimewa kami. Selain itu, kami mendapat status perakuan gred makanan yang disyorkan untuk kemudahan pengasingan protein kacang kami di South Sioux City. Jualan bersih bahan istimewa meningkat di keempat-empat rantau untuk suku tahun dan tahun penuh, kecuali bagi impak pertukaran wang asing. Kini, jualan tersebut mewakili 32 peratus jualan bersih tahunan kami,” sambung Zallie.

“Dengan beroperasi berdasarkan set minda sebagai pemilik, pasukan kami mencapai kemajuan yang sangat besar dalam mereka semula dan menstruktur semula organisasi kami di keempat-empat rantau, lantas menghasilkan $103 juta penjimatan kadar larian, yang melebihi sasaran Cost Smart tahun 2020 kami. Kami bakal mencapai sasaran tiga tahun kami sebanyak $170 juta sebelum penghujung tahun 2021.”

“Sementara kami memasuki tahun 2021 dengan momentum yang meningkat, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk terus memajukan strategi pertumbuhan kami dan menyampaikan nilai-nilai pada setiap interaksi pengalaman pelanggan. Kami kekal komited dengan misi kami untuk menjadi pembekal yang diyakini dan dipercayai, serta rakan inovasi kepada pelanggan kami. Kami percaya bahawa pendekatan bertumpu kami akan mencipta nilai jangka masa panjang bagi semua pihak berkepentingan kami,” rumus Zallie.

*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, kadar cukai pendapatan efektif yang dilaraskan dan aliran tunai yang dilaraskan daripada operasi ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KEEMPAT DAN HASIL PENUH TAHUN 2020

No comments:

Post a Comment