Wednesday, February 10, 2021

Pacific Prime Memperolehi Brokeraj Kumpulan CXA Untuk Menjadi Broker Faedah Pekerja Ke-3 Terbesar Di Singapura Dan Hong Kong

 SINGAPURA, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brokeraj insurans global Pacific Prime telah mengukuhkan kehadiran mereka di Asia Pasifik dengan memperoleh cabang brokeraj Hong Kong dan Singapura bagi Kumpulan CXA, sebuah syarikat teknologi insurans atau insurtech yang telah keluar daripada sektor ini untuk memberi tumpuan kepada perniagaan SaaS perusahaan yang berasaskan awan. Perjanjian bagi pemerolehan itu telah diadakan pada 4 Februari, 2021.


Perniagaan insurtech CXA disokong oleh HSBC, Singtel Innov8, cabang pelaburan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura EDBI dan B Capital Group, firma usaha niaga bagi pengasas bersama Facebook Eduardo Saverin.

Pemerolehan bagi cabang brokeraj Kumpulan CXA di Hong Kong dan Singapura adalah satu kejayaan, oleh kerana Pacific Prime berusaha untuk terus berkembang di rantau Asia Pasifik dan di peringkat global. Pemerolehan itu memberikan Pacific Prime dengan teknologi untuk menawarkan penyelesaian kelenturan sepenuhnya dan kelenturan dipermudahkan kepada semua pelanggan mereka di seluruh dunia.

Neil Raymond, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pacific Prime, menyambut baik langkah ini: “Kumpulan CXA mempunyai kepakaran yang dapat kami manfaatkan, terutamanya dalam menggunakan teknologi untuk mengubah landskap faedah pekerja. Saya percaya ini menjadikan kami sebagai broker faedah pekerja ketiga terbesar di Singapura dan Hong Kong setelah penggabungan Aon-WTW dan Mercer-JLT. Pemerolehan ini mendorong kami ke arah objektif jangka panjang kami untuk menjadi pakar faedah pekerja global yang terkemuka.”

Rosaline Chow Koo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan CXA, berkata: “Kami yakin dapat meninggalkan cabang brokeraj Hong Kong dan Singapura kami dengan Pacific Prime, kerana kami berkongsi komitmen yang sama untuk didorong oleh teknologi.”

Dari segi sejarah, Pacific Prime telah membina kesemua syarikat insurtech mereka sendiri secara dalaman; 15% daripada 600 kakitangan mereka adalah bertumpukan kepada IT. Pendekatan insurtech ini sebahagian besarnya bertanggung jawab untuk pertumbuhan Pacific Prime sejak dekad yang lalu. Teknologi yang diperolehnya sebagai sebahagian daripada perjanjian CXA itu sangat melengkapkan teknologi dalaman Pacific Prime, dan akan membolehkan Pacific Prime untuk menawarkan penyelesaian kelenturan faedah pekerja kepada syarikat multinasional yang besar, dan juga PKS yang lebih kecil.

Pemerolehan itu akan membantu meningkatkan faedah pekerja dan teknologi pampasan bagi Pacific Prime, yang membolehkan pasukan-pasukan Sumber Manusia global untuk memudahkan pelan pentadbiran merentasi pelbagai bidang kuasa dan memanfaatkan wawasan yang bernilai dari data, serta menyelaraskan pengurusan jumlah ganjaran.

Maklumat mengenai Pacific Prime

Pacific Prime adalah sebuah pemimpin dunia di dalam ruang insurans korporat dan faedah pekerja, dengan beroperasi di 10 lokasi di seluruh dunia. Brokeraj itu mempunyai satu pendekatan unik kepada pembrokeran faedah pekerja, membangunkan teknologi untuk menyokong pelanggan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pacific Prime, sila layari: https://www.pacificprime.com/corporate.

Maklumat mengenai Kumpulan CXA

Kumpulan CXA adalah platform telahan dan kecerdasan data sehenti di Asia. Beribu pejabat di Singapura, syarikat permulaan insurtech ini didedikasikan untuk menggalakkan pilihan kesihatan, kekayaan, dan kesejahteraan yang lebih baik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CXA, sila layari https://www.cxagroup.com/.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14239

No comments:

Post a Comment