Thursday, February 25, 2021

HKTB AKAN MENINGKATKAN PEMULIHAN BANDAR RAYA ITU MELALUI PROGRAM PENGLIBATAN GLOBAL "PEMINAT SUPER HONG KONG" YANG BAHARU DENGAN RATUSAN PESERTA DARI 20 PASARAN UTAMA




HONG KONG, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) hari ini mengumumkan program penglibatan peminat global mereka yang pertama, “Peminat Super Hong Kong”, untuk mempercepatkan usaha promosi mereka sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan pelancongan pasca-Covid-19 yang telah dibangunkan sejak tahun lalu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210209006342/en/

Pada masa sekatan perjalanan antarabangsa yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan ketika dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin dengan harapan dapat mengembalikan keadaan seperti biasa, HKTB sedang memanfaatkan kekuatan masyarakat untuk mengingatkan orang ramai mengapa mereka mencintai Hong Kong dan sedang meningkatkan keterujaan untuk mengunjungi bandar raya itu apabila pintu sempadan kembali dibuka semula.

“HKTB telah merancang lebih awal untuk mempersiapkan undangan terbesar yang sangat dinanti-nantikan bagi mengalu-alukan pengunjung kembali ke Hong Kong,” kata Dr YK Pang, Pengerusi HKTB. “Program ‘Peminat Super Hong Kong’ adalah satu elemen yang padu dan penting bagi rancangan pemulihan HKTB itu, dan satu cara bagi kami untuk menunjukkan penghargaan kepada orang ramai yang mana keghairahan mereka yang terus menerus bagi Hong Kong telah mengekalkan kesedaran bagi bandar raya itu sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.”

Dalam program terbaharu mereka, HKTB telah mengundang Peminat Super – mereka yang mempunyai pengaruh sosial dan satu perhubungan tulus ikhlas kepada Hong Kong -- untuk menyertai aktiviti eksklusif dalam talian dan luar talian yang telah dirancang untuk mempertontonkan yang terbaik yang boleh ditawarkan oleh bandar raya itu. Apabila perjalanan antarabangsa disambung semula, Peminat Super ini akan dijemput untuk menjelajah Hong Kong, daripada tarikan warisan sehingga kepada permata tempatan yang tersembunyi dan peristiwa baharu yang menarik, dan berkongsi pengalaman mereka dengan penonton mereka (Peminat & Rakan Taulan). Untuk menunjukkan penghargaan mereka, HKTB telah juga mengadakan satu siri tawaran dan insentif menarik yang boleh dinikmati oleh semua Peminat & Rakan Taulan Hong Kong.

HKTB telah merekrut Peminat Super melalui jemputan di Hong Kong dan 20 pasaran utama melalui pejabat-pejabat HKTB di seluruh dunia di Asia, Australasia, Eropah, Afrika, Timur Tengah, dan Amerika. Awal bulan ini menyaksikan pelancaran bagi aktiviti sulong program itu – satu lawatan maya yang meraikan segala sesuatu yang unik mengenai Tahun Baru Cina di Hong Kong -- yang dianjurkan terutamanya untuk Peminat Super yang pertama. Perjalanan “dalam talian + luar talian” itu membawa Peminat Super melalui kejiranan berkarisma di Old Town Central untuk mengalami tradisi yang dipelihara dengan baik dan membeli barang keperluan yang membawa tuah, sambil menikmati “Beg Pembawa Tuah” yang telah dihantar, yang dipenuhi dengan perhiasan bertuah, makanan ringan perayaan dan banyak lagi, dari keselesaan kediaman mereka sendiri.

“Ketika HKTB terus memanfaatkan kempen ‘Bercuti di Rumah’ untuk menggalakkan warga  Hong Kong untuk menemui semula kampung halaman kita, program ‘Peminat Super Hong Kong’ adalah langkah utama yang pertama untuk kembali berinteraksi dengan pelancong yang ghairah di seluruh dunia,” kata Dr Pang. “Ketika pintu sempadan mula dibuka semula, kami akan melancarkan kempen ‘Rumah Terbuka Hong Kong’ untuk memberitahu kepada dunia bahawa Hong Kong sudah bersedia untuk menerima pengunjung sekali lagi dengan satu koleksi tawaran perjalanan yang kompetitif dan pengalaman di bandar yang menarik.”

Lebih banyak butiran program akan diumumkan.

Video: https://youtu.be/tOvIRN1WJSw

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14279

No comments:

Post a Comment