Wednesday, February 10, 2021

XPRIZE $100 JUTA UNTUK PENYINGKIRAN KARBON YANG DIBIAYAI OLEH ELON MUSK BAGI MEMERANGI PERUBAHAN IKLIM

Hadiah insentif terbesar dalam sejarah itu untuk menarik dan memberi inspirasi kepada  inovator untuk membangun dan meningkatkan penyelesaian penyingkiran karbon bagi memerangi perubahan iklim.

LOS ANGELES, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- XPRIZE, peneraju dunia di dalam mereka dan melancarkan pertandingan berinsentif untuk menyelesaikan cabaran besar umat manusia, hari ini mengumumkan XPRIZE $100 Juta Penyingkiran Karbon yang ditaja oleh Elon Musk dan Yayasan Musk.

Pertandingan global selama empat tahun ini mengundang inovator dan pasukan dari mana sahaja di planet ini untuk membuat dan menunjukkan satu penyelesaian yang dapat menarik karbon dioksida terus dari atmosfera atau lautan dan menguncinya secara kekal dalam satu cara yang mesra alam. Untuk memenangi pertandingan itu, pasukan-pasukan mesti menunjukkan satu model penyelesaian berskala yang rapi dan disahkan bagi penyelesaian mereka pada satu tahap penyingkiran karbon bagi 1 tan CO2 setiap hari, dan selanjutnya harus menunjukkan kepada sebuah panel hakim mengenai keupayaan bagi penyelesaian mereka untuk berskala ekonomi ke tahap gigaton. Objektif bagi XPRIZE ini adalah untuk memberi inspirasi dan membantu penyelesaian berskala efisien untuk secara kolektif mencapai sasaran penyingkiran karbon sebanyak 10 gigaton setiap tahun menjelang tahun 2050, untuk membantu memerangi perubahan iklim dan memulihkan keseimbangan karbon Bumi.

“Kami mahu memberikan satu impak yang benar-benar bermakna. Ketaknegatifan karbon, dan bukannya keneutralan. Matlamat utamanya ialah pengekstrakan karbon berskala yang dapat diukur berdasarkan kepada ‘kos bagi setiap tan yang dipertimbangkan sepenuhnya’ yang termasuk impak alam sekitar. Ini bukan satu pertandingan yang bersifat teori; kami mahu pasukan-pasukan yang akan membina sistem sebenar yang dapat memberikan satu impak dan skala yang dapat diukur ke satu tahap gigaton. Apa sahaja yang diperlukan. Masa adalah asasnya,” kata Elon Musk, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi  Tesla dan SpaceX.

“Kami mahu mencabar jurutera, saintis dan usahawan untuk membina dan menunjukkan sistem penyingkiran karbon yang berfungsi,” kata Peter H. Diamandis, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif bagi XPRIZE. “Sistem yang di dalam skala kecil dapat menunjukkan penyingkiran karbon yang nyata dan berdaya maju pada 1 ton sehari, dan kemudian menunjukkan kepada kita bagaimana sistem tersebut dapat menskalakan (menjimatkan kos) untuk menskalakan secara besar-besaran sehingga ke skala gigaton. Matlamat bagi pertandingan ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada usahawan dan jurutera untuk membina penyelesaian penyingkiran karbon dioksida, yang kebanyakannya hanya dibincang dan dibahaskan. Kami ingin melihat mereka membina, menguji, dan mengesahkannya. Kami berharap XPRIZE ini dapat mengaktifkan sektor awam dan swasta untuk terlibat dengan cara yang sama seperti Ansari XPRIZE bernilai $10 juta yang mendorong industri penerbangan ruang angkasa komersial.”

Bagi umat manusia untuk mencapai matlamat Perjanjian Paris dalam mengehadkan peningkatan suhu Bumi kepada tidak lebih daripada 1.5˚(C) bagi tahap pra-perindustrian, atau bahkan 2˚(C), kita memerlukan inovasi teknologi yang berani dan radikal dan meningkatkan yang melampaui had pelepasan CO2, tetapi sebenarnya menyingkirkan CO2 yang sudah ada di udara dan lautan. Sekiranya umat manusia terus berada pada urusan perniagaan seperti biasa, purata suhu dunia boleh meningkat 6˚(C) menjelang tahun 2100.

Garis panduan pertandingan sepenuhnya akan diumumkan pada 22 April, 2021, yang juga merupakan Hari Bumi. Pada hari yang sama pendaftaran pasukan akan bermula. Pertandingan itu akan berlangsung selama 4 tahun sehingga Hari Bumi 2025.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14240

No comments:

Post a Comment