Wednesday, September 15, 2021

HAMPIR TIGA PEREMPAT PELANCONG AMERIKA SYARIKAT MENYOKONG PENGENALAN PASPORT VAKSIN ANTARABANGSA, MENURUT PENYELIDIKAN OAG

70% daripada semua pelancong menyokong pasport vaksin antarabangsa; 56% pelancong yang belum mendapat vaksin tidak mahu diberikan suntikan vaksin walaupun jika ia diperlukan untuk melakukan perjalanan

SINGAPURA, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Orang ramai sudah bersedia untuk kembali melancong, tetapi masa terdekat bagi perjalanan udara masih kekal bergolak, menurut tinjauan OAG terhadap lebih 1,800 pelancong Amerika Syarikat pada Julai dan Ogos. Kapasiti domestik di Amerika Syarikat meningkat 81% dari Jun – Ogos 2021, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan itu didorong oleh permintaan pengguna yang teguh; 70% daripada pengguna yang ditinjau oleh OAG telah menempah penerbangan untuk masa depan.

Walaupun kesediaan pelancong untuk terbang semakin meningkat, varian Delta, peningkatan kadar penularan COVID dan pilihan pemvaksinan sangat mempengaruhi prospek jangka pendek dan sederhana. Sebilangan besar pengguna yang ditinjau oleh OAG melaporkan telah menerima pemvaksinan lengkap. Walau bagaimanapun, OAG mendapati bahawa hanya 15% individu yang belum mendapat vaksin merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum perjalanan mereka yang seterusnya.

Banyak syarikat penerbangan dan destinasi sedang menimbangkan mandat vaksin untuk mengukuhkan keyakinan dan memerangi penularan. Enam puluh lapan peratus daripada semua responden yang ditinjau berkata mereka berminat atau menginginkan pasport vaksin domestik, dan 70% percaya pasport vaksin semestinya diperlukan untuk perjalanan antarabangsa. Yang mengejutkan, bagi mereka yang berkata bahawa mereka belum mendapatkan suntikan vaksin, 56% berkata mereka tetap tidak akan mendapatkan suntikan vaksin walaupun jika syarikat penerbangan, lapangan terbang, atau destinasi memerlukannya untuk melakukan perjalanan.

“Mandat vaksin adalah satu isu polarisasi. Banyak syarikat penerbangan, kerajaan dan destinasi secara aktif mempertimbangkan untuk mewajibkan vaksin untuk terbang atau masuk, dan majoriti pelancong menyokong penggunaan pasport vaksin,” kata Mayur Patel, Ketua bagi APAC, OAG. “Walaupun ini mungkin mencetuskan lagi kemelut, kekuatan dan ketahanan yang berterusan bagi keseluruhan pasaran pelancongan secara langsung berkait rapat dengan tahap pemvaksinan yang lebih tinggi dan kadar penularan yang lebih rendah.”

Fakta utama lain daripada penyelidikan OAG termasuk:
  • Kebimbangan yang berterusan mengenai COVID-19 menyebabkan sebilangan orang tidak dibenarkan melancong. Daripada 30% responden yang belum lagi menempah penerbangan, 40% sedang menunggu bagi kadar dan peraturan vaksinasi menjadi bertambah baik dan 30% sedang menunggu bagi pasport vaksin menjadi wajib.
  • Pandangan perjalanan perniagaan masih kabur. Hanya 62% pelancong perniagaan berkata syarikat mereka merancang perjalanan udara dalam tempoh 12 bulan akan datang, sementara 38% berkata syarikat mereka sama ada tidak mempunyai perancangan (20%) atau belum mempunyai rancangan khusus (18%).
  • Perjalanan percutian dijangka kembali pulih. Projek musim percutian 2021 bakal menjadi lebih kukuh berbanding tahun 2020. Daripada 38% pelancong yang ditinjau oleh OAG yang berkata bahawa mereka lazimnya terbang untuk percutian, hanya 40% daripada kumpulan ini telah berbuat demikian pada tahun 2020. Tahun ini, peratusan bagi kumpulan yang berhasrat untuk terbang lebih daripada dua kali ganda (85%). Kapasiti yang dirancang untuk minggu Kesyukuran menceritakan kisah yang serupa, pada masa ini dengan 47% lebih banyak kerusi domestik ditempah berbanding tahun lalu.
  • Tingkah laku tempahan masih tidak menentu. Hampir separuh daripada pelancong yang ditinjau masih membuat tempahan dalam tempoh waktu singkat (antara dua minggu hingga satu bulan lebih awal), dan separuh lagi membuat tempahan di antara dua hingga enam bulan lebih awal. Lapan puluh lapan peratus menjangkakan harga tiket akan meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang.
 
Untuk pandangan tinjauan sepenuhnya, sila lihat laporan itu di sini, https://www.oag.com/us-traveler-survey. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OAG, sila layari https://www.oag.com/.
 
Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929. Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14981

No comments:

Post a Comment