Tuesday, September 14, 2021

KUMPULAN AMBANK RAIH DUA ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM PENYELESAIAN DAN INOVASI E-PEMBAYARAN

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kumpulan AmBank merangkul dua anugerah dalam Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEEA), sekaligus mencerminkan komitmen dan usaha menyeluruh Kumpulan dalam menggalakkan penggunaan, penerimaan, kebolehpercayaan, penglibatan pelanggan serta pengalaman dalam mendorong e-Pembayaran di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
 
Kumpulan AmBank telah dianugerahkan:
· Best Bank Award - Best JomPAY Bank
· Special Recognition Award - DuitNow Bank Innovation

Mengulas mengenai pengiktirafan tersebut, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, berkata, “Penghargaan ini mempamerkan kebolehupayaan platform kami dalam menyediakan proses yang lancar serta selamat untuk pelanggan kami yang menggunakan JomPAY sebagai eko-sistem e-Pembayaran. Kami di AmBank menyaksikan pertumbuhan penggunaan e-Pembayaran yang ketara terutamanya semasa pandemik ini dan kami akan terus memainkan peranan kami dalam mendorong pertumbuhan pembayaran tanpa tunai di negara ini untuk kepentingan rakan niaga serta pelanggan kami.”

MEEA adalah acara tahunan yang mengiktiraf pencapaian cemerlang bank, perniagaan dan agensi kerajaan yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pertumbuhan industri pembayaran elektronik di Malaysia.

MEEA dianjurkan oleh PayNet, rangkaian pembayaran utama Malaysia dan infrastruktur pusat untuk pasaran kewangan.

KUMPULAN AMBANK RAIH DUA ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM PENYELESAIAN DAN INOVASI E-PEMBAYARAN

No comments:

Post a Comment