Tuesday, September 14, 2021

TDCX MENGEMUKAKAN KENYATAAN PENDAFTARAN BAGI CADANGAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

SINGAPURA, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 8 September 2021 -- TDCX Inc. (“TDCX” atau “Syarikat” itu), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi berinovatif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengemukakan satu Kenyataan Pendaftaran pada Borang F-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat berhubung dengan cadangan tawaran awam permulaan (“IPO”) bagi Saham American Depositary (“ADS”) yang mewakili saham biasa Kelas A mereka. Syarikat itu berhasrat untuk menyenaraikan ADS itu di Bursa Saham New York di bawah simbol “TDCX”.

Jumlah bagi saham biasa yang akan diwakili oleh setiap ADS, jumlah ADS yang akan ditawarkan dan julat harga bagi tawaran yang dicadangkan itu belum lagi ditetapkan.

Goldman Sachs & Co. LLC dan Credit Suisse Securities (AS) LLC akan bertindak sebagai penaja jamin utama bersama bagi tawaran yang dicadangkan itu.

Tawaran yang dicadangkan itu akan dibuat hanya melalui sebuah prospektus. Salinan bagi prospektus awal, jika ada, boleh diperolehi daripada:

Goldman Sachs & Co. L.L.C.

200 West Street

New York, NY 10282-2198

Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus (1-866-471-2526)

E-mel: prospectus-ny@gs.com

Credit Suisse Securities (AS) L.L.C.

6933 Louis Stephens Drive

Morrisville, NC 27560

Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus (1-800-221-1037)

E-mel: usa.prospectus@credit-suisse.com

Kenyataan Pendaftaran Borang F-1 itu dan semua pindaan berikutnya boleh diakses melalui laman web SEC di www.sec.gov.

Satu Kenyataan Pendaftaran pada Borang F-1 yang berkaitan dengan sekuriti ini telah diajukan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat tetapi belum lagi dikuatkuasakan.

ADS ini tidak boleh dijual atau tawaran untuk membeli diterima sebelum masa bagi kenyataan pendaftaran itu berkuatkuasa di bawah Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda. Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan untuk satu tawaran untuk membeli, dan juga tidak akan ada sebarang penjualan sekuriti itu di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana satu tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri atau bidang kuasa tersebut. Sekuriti yang dirujuk di sini belum dan tidak akan didaftarkan di bawah undang-undang sekuriti yang berkenaan bagi mana-mana bidang kuasa di luar Amerika Syarikat.

Maklumat mengenai TDCX

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi berinovatif yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, iklan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, China, Jepun, India, Romania, Sepanyol dan Colombia, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 270 anugerah.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Pengumuman ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang menggambarkan jangkaan semasa TDCX berhubung peristiwa di masa depan. Satu senarai dan gambaran risiko, ketidakpastian dan risiko lain yang berkaitan dengan satu pelaburan di TDCX boleh didapati di dalam pemfailan TDCX dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, termasuk Kenyataan Pendaftaran Borang F-1. Pelabur diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang hanya bercakap berhubung pada tarikh ini. TDCX tidak berkewajiban untuk mengemas kini atau menyemak maklumat yang terkandung di dalam pengumuman ini, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa atau keadaan di masa depan atau sebaliknya. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14965

No comments:

Post a Comment