Wednesday, September 15, 2021

MARY KAY INC. MENGELUARKAN LAPORAN RINGKASAN STRATEGIK KELESTARIAN & IMPAK SOSIAL 2020-21 YANG MENYOROTI MATLAMAT KELESTARIAN GLOBAL DAN IMPAK SOSIAL MENJELANG 2030

Logo Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan (Grafik: Mary Kay Inc.)


Bertajuk “Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan,” laporan ringkasan yang pertama kali itu menyoroti komitmen jenama itu terhadap tanggungjawab ekonomi, alam sekitar dan sosial

DALLAS, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi tanggungjawab sosial korporat, hari ini mengeluarkan strategi kelestarian mereka Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan dan Laporan Ringkasan Strategik Kelestarian & Impak Sosial 2021-21 mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005253/en/

“Ia adalah lebih daripada kita — ia selalunya begitu,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Industri kosmetik dan penjagaan diri sedang berada dalam proses peralihan ketika syarikat-syarikat berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi operasi yang peka terhadap alam sekitar, telus dan produk yang bersumberkan lebih bersih dan beretika. Mary Kay percaya di dalam perkara ini dan menyokong evolusi ini.”

No comments:

Post a Comment