Monday, September 27, 2021

JSSI MELANTIK TREVOR MERSZEI SEBAGAI NAIB PRESIDEN BAGI PEMBANGUNAN PERNIAGAAN UNTUK APAC

JSSI melantik Trevor Merszei sebagai naib presiden bagi pembangunan perniagaan untuk APAC. (Foto: Business Wire)

CHICAGO, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jet Support Services, Inc. (JSSI), penyedia bebas terkemuka bagi perkhidmatan sokongan penyelenggaraan dan kewangan untuk industri penerbangan perniagaan, telah melantik Trevor Merszei sebagai naib presiden bagi pembangunan perniagaan untuk rantau Asia Pasifik (APAC).

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210926005017/en/

Merszei membawa bersama lebih 14 tahun pengalaman di dalam jualan jet perniagaan, pemasaran, dan kepimpinan eksekutif antarabangsa. Berpusat di Thailand, peranan beliau akan ditumpukan kepada meningkatkan kesedaran mengenai penawaran utama syarikat itu di rantau berkenaan, termasuk Conklin & de Decker, Khidmat Nasihat JSSI, Alat Ganti & Pemajakan JSSI, dan perisian pengesanan penyelenggaraan SierraTrax.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Trevor ke dalam pasukan kami di APAC ketika JSSI terus mengembangkan rangkaian perkhidmatan mereka kepada pemilik dan pengendali pesawat,” kata Mark Winzar, naib presiden kanan JSSI bagi pembangunan perniagaan untuk EMEA dan APAC. “Kepimpinan dan kedalaman pengetahuan beliau mengenai pasaran akan menjadi sangat bernilai di dalam era pasca-Covid, membantu untuk bukan hanya menyokong peserta baharu ke dalam sektor kami tetapi juga pelanggan yang sedia ada di dalam rantau itu.”

“Saya amat bangga untuk menyertai JSSI ketika syarikat itu terus memperkayakan pengalaman pemilikan pesawat dengan produk dan perkhidmatan yang berinovatif untuk menyokong pelanggan kami di seluruh rantau ini. Saya melihat banyak peluang yang menarik di hadapan kami untuk menyokong pemilik dan pengendali di setiap peringkat dalam kitaran hayat pesawat itu,” kata Merszei.

Dengan latar belakang profesional yang unik menjangkau daripada luncur salji yang kompetitif kepada lakonan sitkom, Merszei sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di OrientSKYs, sebuah syarikat jet sewa khas yang berpusat di Bangkok, di mana beliau menyelia pengambilalihan penting termasuk Gulfstream G650 yang pertama pernah dimiliki di dunia, dan Jet Perniagaan Boeing yang pertama yang dimiliki persendirian di Thailand.

JSSI MELANTIK TREVOR MERSZEI SEBAGAI NAIB PRESIDEN BAGI PEMBANGUNAN PERNIAGAAN UNTUK APAC

No comments:

Post a Comment