Thursday, September 16, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM DAN KWSP SEPAKAT JAYAKAN PROGRAM BAKUL MAKANAN DI KUALA SELANGOR

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tekad meneruskan usaha membantu mereka yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19, kali ini dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Selangor.

 
Bertempat di Pusat Khidmat Hasil (PKH) Kuala Selangor, Tuan Haji Kamarudin B. Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor bersama-sama Encik Shahrul Nizam Bin Mat Saleh, Ketua Cawangan KWSP Kuala Selangor telah hadir bagi menyerahkan sendiri bakul makanan kepada wakil-wakil penerima bantuan. Antara penerima bakul makanan tersebut ialah Encik Mohd Shamsul Akma Bin Omar, yang mewakili penduduk Taman Malawati Utama, Kuala Selangor, Puan Tjoa Pinpin dari Pasir Penambang yang mewakili komuniti kaum Cina dan Encik Rajan A/L Ramasamy yang mewakili komuniti kaum India di Kuala Selangor.
 
Sebanyak 80 bakul makanan telah diserahkan untuk agihan, dengan 50 daripadanya adalah sumbangan LHDNM dan selebihnya daripada KWSP. Sehingga hari ini, LHDNM telah mengagihkan 13,990 bakul makanan kepada mereka yang terkesan di seluruh negara melalui Program CSR Hasil Prihatin.
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Encik Azrul Hisham Bin Shamsudin, Pengarah Cawangan LHDNM Klang, Encik Mathan Kaliappan, Pengarah Siasatan Cawangan Klang, Encik Mohd Shamsunizam Bin Mohd Romli, Ketua Penguatkuasaan KWSP Kuala Selangor dan Encik Khusairi Bin Ahmad Sapian, Penasihat Kewangan Persaraan KWSP Kuala Selangor.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14984

No comments:

Post a Comment