Monday, September 27, 2021

LHDNM BERSOLIDARITI MENANGANI COVID-19 DENGAN MENYUMBANG KEPADA AKAUN AMANAH BENCANA

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bersolidariti menangani pandemik COVID-19 dengan menyumbangkan sebanyak RM459,590.00 kepada Akaun Amanah Bencana.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut telah berlangsung pada 23 September 2021 di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur dan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM kepada YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
 
Sumbangan yang diberikan secara sukarela oleh semua pegawai dan kakitangan LHDNM ini sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan dalam usaha memastikan penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Inisiatif ini juga merupakan  kesinambungan usaha LHDNM secara berterusan dalam memastikan kebajikan dan  kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.

Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat membantu usaha kerajaan memerangi dan melandaikan jangkitan baharu COVID-19, sekaligus membantu kejayaan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 23 September 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment