Wednesday, September 15, 2021

THE ACCESS GROUP MELAPORKAN PERTUMBUHAN PENDAPATAN PRO FORMA 53%, PERTUMBUHAN EBITDA PRO FORMA DISELARASKAN 65% DAN PERTUMBUHAN HASIL ORGANIK 10%

 


  • Pendapatan pro forma Tahun Fiskal 2021 sebanyak £480 juta, meningkat 53%, atau pertumbuhan £166 juta pada Tahun Fiskal 2020
  • EBITDA pro forma diselaraskan Tahun Fiskal 2021 sebanyak £180 juta, meningkat 65%, atau pertumbuhan £71 juta pada Tahun Fiskal 2020
  • Hasil organik berkualiti tinggi berterusan sebanyak 10%, dan pertumbuhan pendapatan berulang sebanyak 15%
  • M&A strategik berterusan dengan 18 pengambilalihan selesai
  • Mencapai sasaran 1 juta pengguna Access Workspace
  • Pembentukan Access Foundation bernilai £7 juta memperluaskan sokongan amal di United Kingdom dan APAC
     
LONDON, 15 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Access Group, sebuah penyedia terkemuka bagi perisian pengurusan perniagaan kepada organisasi pasaran pertengahan, telah mengumumkan pertumbuhan pendapatan pro forma tahun ke tahun yang signifikan sebanyak 53%, yang membawa kepada pendapatan pro forma sebanyak £480 juta dan EBITDA pro forma yang diselaraskan sebanyak £180 juta untuk tahun fiskal mereka yang berakhir pada 30 Jun, 2021 (“TF21”). Keputusan ini merupakan 16 tahun berturut-turut bagi pertumbuhan menguntungkan tanpa gangguan bagi syarikat itu.

Pertumbuhan pendapatan organik sebanyak 10% menunjukkan kekuatan dasar bagi teknologi dan perkhidmatan Access. Jumlah pengguna Access Workspace, penyelesaian SaaS global mereka, berkembang kepada lebih 1 juta semasa TF21 dan Access menambahkan kira-kira 20,000 pelanggan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada lebih 55,000 pelanggan merentasi syarikat itu.

Mengulas mengenai pengumuman hari ini, Chris Bayne, Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Access Group, berkata: “Hasil kewangan yang luar biasa pada tahun ini menunjukkan nilai yang diterima oleh pelanggan kami daripada Access. Pada tahun yang dianggap paling mencabar bagi perniagaan di seluruh dunia, Access kekal komited untuk membantu orang ramai, pelanggan kami dan rakan-rakan kami. Saya sangat bangga dengan cara bagaimana Access telah menunjukkan, bukan hanya kebingkasan, tetapi juga kemajuan dan pertumbuhan sedemikian selama 18 bulan yang sangat mencabar itu.”

​Bayne seterusnya berkata, “Kami telah meneruskan pelaburan penting kami di tempat kerja digital Access Workspace kami – satu cara mudah dan boleh diakses untuk menggabungkan titik-titik itu bagi bahagian pergerakan bagi sesebuah organisasi berhubung orang ramai, proses dan teknologi supaya mereka dapat menangani cabaran dan peluang di hadapan mereka dengan yakin dan penuh kepastian. Kami telah menghabiskan masa yang lama untuk mendengar pelanggan kami dan mereka telah memaklumkan kepada kami bahawa satu pandangan tunggal mengenai organisasi mereka ditambah dengan keupayaan yang jelas untuk mengambil tindakan akan menjadi cara yang paling berharga untuk menyelesaikan lebih banyak perkara -- jadi itulah apa yang telah kami lakukan. Pertumbuhan organik Access sebanyak 10% menunjukkan bahawa Access dipercayai oleh pelanggan kami untuk membawakan mereka perisian dan penyelesaian yang mereka perlukan ketika mereka beralih kepada mod pertumbuhan keluar daripada pandemik itu”.

​Access melengkapkan 18 pemerolehan pada TF21 yang telah menyumbang kepada pertumbuhan yang dipercepatkan oleh syarikat itu. Ini termasuk “HAS Technology” dalam Kesihatan & Penjagaan Sosial; “My School Portal” dalam sektor Pendidikan bebas; “Eazipay” telah ditambah sebagai satu elemen asas untuk Access PaySuite; “EasyBuild”, “Ezitracker” dan “Unleashed” menyokong perniagaan ERP yang berkembang di United Kingdom, Kesatuan Eropah, Australia dan New Zealand. “Acteol” memperluaskan penawaran Access Hospitality dengan membawa CRM dan keupayaan perkhidmatan terurus, dan “CPL Learning” menambahkan penyelesaian pembelajaran dan pengembangan terkemuka industri pada masa yang kritikal untuk sektor perhotelan dan runcit.

Pengambilalihan terbesar bagi TF21 adalah perniagaan tempatan Sage Group PLC di Australia dan Asia, yang diselesaikan pada Mei 2021 dan meneruskan tumpuan Access di rantau Asia Pasifik sebagai sebuah pusat bagi pertumbuhan. Kehadiran Access yang mantap di rantau itu memberikan satu peluang yang unik bagi pelanggan dan rakan untuk memanfaatkan sebuah pemimpin di dalam perkhidmatan bersepadu perisian pengurusan kewangan dan orang ramai.

Kerry Agiasotis, Presiden, The Access Group - Asia Pasifik berkata, “Pada tahun 2021 The Access Group telah menyatakan hasrat mereka untuk menjadi sebuah penyedia perisian perniagaan terkemuka di rantau Asia Pasifik dengan pengambilalihan perniagaan tempatan Sage di rantau itu. Menggabungkan perkara ini dengan pemerolehan mereka sebelum ini ke atas Attaché Software, Unleashed, dan paling terbaharu Definitiv, Asia Pasifik telah menjadi bahagian ke-3 terbesar di dalam The Access Group, dengan lebih 30,000 pelanggan dan pendapatan melebihi AU$100 juta. Kami berhasrat untuk mempercepatkan lagi pengembangan kami di rantau itu melalui aktiviti M&A yang berterusan dan pertumbuhan organik, memanfaatkan platform Access Workspace untuk menyediakan pelbagai penyelesaian kami kepada pelanggan yang sedia ada dan baharu.”

Access People yang dilancarkan pada September 2020 dengan menggabungkan semua operasi HR Access Group yang sedia ada dengan tujuh syarikat yang telah diperolehi, selain menambahkan “Abintegro” pada Disember, untuk meningkatkan daya tarikan calon, pengembangan, penglibatan dan pengekalan pekerja. Fleksibiliti, kelebaran yang tiada tandingan, kedalaman dan skalabiliti merentasi semua bidang HCM, daftar gaji, pembelajaran & pembangunan dan pematuhan merupakan satu bahagian penting dalam pertumbuhan Access Group merentasi semua sektor dari organisasi bersaiz kecil dan sederhana sehingga kepada pasaran pertengahan atasan di United Kingdom dan Asia Pasifik.

Pada April 2021 Access secara rasmi telah melancarkan bahagian perisian undang-undang mereka yang baharu, Access Legal, dengan berjanji untuk membantu firma-firma guaman yang paling bercita-cita tinggi di United Kingdom mencapai potensi mereka melalui satu rangkaian teknologi yang hebat. Pelancaran itu mengikuti pemerolehan bagi penyedia pengurusan kes dan amalan Eclipse Legal Systems dan DPS Software pada tahun 2020, serta pemerolehan sebelum ini bagi pembekal penyelesaian latihan undang-undang dalam talian, pematuhan dan pengurusan risiko Riliance dan Socrates. Pemerolehan bagi “Select Legal” dan “Oosha” pada Jun 2021, kedua-dua pemimpin di dalam teknologi perundangan, mempercepatkan bahagian Access Legal dan selanjutnya menyokong kira-kira 3,500 firma guaman yang menggunakan perisian Access.

Access PaySuite telah dilancarkan pada Mei 2021, dengan menyampaikan penyelesaian pembayaran kepada lebih 5000 organisasi pasaran pertengahan dan telah memproses lebih 82 juta urus niaga. FCA dibenarkan, PaySuite menyokong organisasi yang selama 18 bulan yang lalu dalam banyak kes terpaksa memikirkan semula pendekatan mereka untuk melaksanakan kaedah pembayaran digital. Pembayaran bersepadu atau tertanam adalah satu penyelesaian yang semakin popular, berupaya menghubungkan sistem pembayaran itu dengan perisian pengurusan kewangan dan perniagaan yang sedia ada. Access PaySuite secara drastik mengurangkan kos dan masa yang dihabiskan untuk tugasan manual seperti pemprosesan invois, mengejar pembayaran dan menyediakan sebuah organisasi yang lebih fleksibel, cekap dan kurang cenderung ralat.

Access telah membentuk The Access Foundation, sebuah entiti berstatus amal dengan dana £7 juta yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Ia akan menyokong badan-badan amal yang berkaitan dengan pekerja dalam cara yang bermakna, dan usaha komuniti yang hampir dengan pejabat mereka di United Kingdom, Ireland, Romania dan Asia Pasifik. Dengan hasrat untuk mencapai keseimbangan yang tepat di antara syarikat, pekerja dan pelanggan, budaya Access memberi tumpuan untuk memberi semula dan menumpukan masa kepada tujuan yang penting bagi orang mereka. Access telah meningkatkan jumlah pengumpulan dana sebanyak 775% dalam tiga tahun terakhir dan meneruskan aktiviti semasa pandemik itu dengan menyesuaikan diri kepada acara-acara dalam talian untuk mengekalkan momentum dan komitmen kepada rakan amal mereka.

Pasukan The Access mengumpulkan sejumlah £376,495 untuk Persatuan Kanak-kanak Pekak Kebangsaan (NDCS) sebagai Amal Tahun Ini yang dipilih dengan lebih 50 inisiatif dan acara untuk mengumpulkan dana semasa perkongsian itu.

Pangkalan pekerja global The Access Group telah berkembang kepada lebih 3,850 dengan pelaburan berterusan di dalam pengambilan pekerja yang dijangka pada TF22. Access telah terus memberi tumpuan terhadap menanamkan nilai-nilai mereka melalui “The Access Way” – sebuah platform tingkah laku yang menyokong kejayaan peribadi dan syarikat -- dengan secara unik membangun dan melibatkan pekerja mereka. Ini adalah pusat kepada respons COVID-19 mereka, mendorong kerja berpasukan dan tumpuan pelanggan yang teguh dan pada masa yang sama rakan-rakan terus bekerja sebahagian besarnya dari rumah.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210914006160/en/ 

Hubungi

Media
Untuk The Access Group:
Kate Hassler
The Access Group
kate.hassler@theaccessgroup.com

Martin Stone
Tank PR
+44 (0)115 958 9840
+44 (0)7872 909 711
martin@tankpr.co.uk

Sumber : The Access Group

No comments:

Post a Comment