Wednesday, September 15, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: BANTUAN 100 BAKUL MAKANAN UNTUK RAKYAT DI JELEBU, NEGERI SEMBILAN

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan komitmen membantu golongan rentan yang memerlukan dengan memberikan bantuan 100 bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin di Jelebu, Negeri Sembilan. 

Majlis penyerahan bantuan bakul makanan telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof Bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu di Balai Undang Luak Jelebu pada hari ini. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Yang Amat Mulia Tok Puan Hajah Mahawa binti Mohd Som, isteri kepada Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu, Puan Zubaidah Binti Hamzah, Pengarah Negeri LHDNM Negeri Sembilan / Melaka, Tuan Haji Kamarudin Bin Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor dan pegawai-pegawai kanan LHDNM Negeri Sembilan.

Sehingga 11 September 2021, Program CSR Hasil Prihatin telah mengagihkan 11,070 bakul makanan kepada mereka yang memerlukan khususnya rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negara sebagai tanda keprihatinan kerajaan serta menghayati semangat ‘Keluarga Malaysia’.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 11 Sept 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi 
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663 
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi: www.hasil.gov.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment