Sunday, September 19, 2021

SUKAN KEBANGSAAN KE-14 DIADAKAN DI XI'AN, IBU KOTA PURBA SELAMA SERIBU TAHUN

 


XI'AN, China, 17 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 15 September, Sukan Kebangsaan ke-14, pertandingan pelbagai sukan utama yang terbesar di China, secara rasminya dimulakan di Xi'an, ibu kota kebangsaan bagi China purba selama lebih 1,000 tahun. Satu majlis perasmian besar-besaran yang menampilkan muzik, tarian dan pameran kebudayaan telah diadakan di Stadium Pusat Olimpik Xi'an yang berbentuk bunga buah delima, menurut Jawatankuasa Eksekutif Xi'an bagi Sukan Kebangsaan ke-14.

Semasa upacara selama satu setengah jam itu, Yang Qian, juara berganda bagi acara menembak di Sukan Olimpik Tokyo pada bulan lalu, telah menyalakan kawah.

Dikenali sebagai “Olimpik mini” China, Sukan Kebangsaan yang diadakan empat tahun sekali itu, yang dirasmikan pada tahun 1959, menampilkan program ala Olimpik, dengan penambahan sukan seni mempertahankan diri Cina iaitu Wusyu. Sukan Kebangsaan ke-14 itu menampilkan sejumlah 35 jenis sukan dan 19 program massa. Lebih 12,000 orang atlet mewakili 37 pasukan akan bertanding semasa temasya Sukan itu berlangsung.

Sebagai permainan sukan kebangsaan yang pertama diadakan di barat China dan dengan bertemakan “Kesederhanaan, Keselamatan dan Kemegahan”, ia adalah satu platform dan tingkap yang penting untuk menunjukkan tahap sukan persaingan China itu, kekuatan sukan massa dan perkembangan bagi industri sukan.

Xi'an, ibu kota bagi Wilayah Shaanxi, terkenal dengan pahlawan terracotta mereka. Sebagai bandar raya tuan rumah untuk Sukan Kebangsaan ke-14 itu, Xi’an merebut peluang untuk menjadikan permainan sukan itu sebagai satu pemacu bagi transformasi bandar raya itu. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14993

No comments:

Post a Comment