Thursday, April 21, 2022

16 SYARIKAT PERMULAAN PENYESUAIAN IKLIM DARI ASIA DAN AFRIKA DIPILIH UNTUK PEMECUT "ASAP" BAHARU

Village Capital dan The Lightsmith Group akan mempercepatkan 16 syarikat permulaan yang menyediakan penyelesaian penyesuaian iklim dan kebingkasan di Asia dan Afrika.

WASHINGTON & NEW YORK, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Village Capital dan The Lightsmith Group (“Lightsmith”) hari ini mengumumkan bahawa 16 syarikat permulaan telah dipilih untuk mengambil bahagian di dalam sebuah pemecut alam sekitar baharu yang dipanggil “ASAP”, atau Projek Pemecut PKS Adaptasi, yang memberi tumpuan kepada usaha niaga penyesuaian iklim yang berinovatif di Asia dan Afrika. 16 syarikat permulaan itu telah dipilih daripada lebih 300 pemohon dan telah membangunkan teknologi dalam air, pertanian, analisis risiko, rantaian bekalan, infrastruktur dan insurans yang boleh menyokong penyesuaian dan kebingkasan terhadap perubahan iklim.

Semasa program pemecut ASAP itu, 16 syarikat itu akan bekerjasama dengan pakar-pakar industri, pelabur dan rakan ekosistem untuk membangunkan rangkaian dan peranti yang mereka perlukan untuk menarik pelaburan, mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan kesan penyesuaian iklim mereka. Maklumat lanjut boleh didapati di sini

No comments:

Post a Comment