Monday, April 25, 2022

FIRMA KESELAMATAN WEB3 CERTIK MENUTUP PEMBIAYAAN TAMBAHAN $60 JUTA DARIPADA SOFTBANK SELEPAS SIRI B3 SEBANYAK $88 JUTA

Dana tambahan untuk menyokong misi CertiK untuk menjamin dunia Web3 dengan produk dan perkhidmatan yang berinovatif

NEW YORK, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CertiK, firma keselamatan Web3 dan blok rantai global terkemuka, hari ini mengumumkan satu pelaburan tambahan $60 juta USD daripada SoftBank Vision Fund 2 dan Tiger Global. Ini menandakan usaha niaga pertama SoftBank ke dalam ruang keselamatan Web3.  Siri pusingan B3 $88 juta dan penilaian $2 billion CertiK telah diumumkan dalam bulan lalu, dengan diketuai oleh Insight Partners.  Pembiayaan tambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dilaburkan di dalam CertiK sepanjang sembilan bulan lalu kepada $290 juta USD.

Misi CertiK adalah untuk menjamin keselamatan dunia Web3 melalui satu set perkhidmatan keselamatan hujung ke hujung, yang menyediakan pelanggan dengan sebuah kedai sehenti untuk semua bagi keperluan keselamatan mereka. Permintaan untuk keselamatan blok rantai yang terkemuka di dalam industri kekal tinggi pada tahun 2022, berikutan lebih $1.3 bilion USD bagi aset kripto hilang kepada penjenayah siber pada tahun 2021. Dalam tempoh hanya suku pertama tahun ini, industri itu telah mengalami kerugian lebih $1 bilion di dalam mata wang kripto disebabkan oleh empat serangan utama, dan lebih $200 juta dalam pelbagai serangan pinjaman kilat.

“Penggunaan Web3 sedang berkembang pesat, tetapi kebimbangan mengenai keselamatan menghalangnya daripada mencapai potensi sepenuhnya,” kata Dennis Chang, Rakan Pengurusan di SoftBank Investment Advisers. “Kami percaya CertiK menggabungkan kepakaran yang mendalam di dalam keselamatan siber, blok rantai dan pengesahan sistem untuk menyediakan kepada syarikat-syarikat dengan satu penyelesaian terkemuka di dalam keselamatan dan pengauditan blok rantai. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Profesor Gu dan pasukan itu untuk menyokong misi mereka untuk menjamin keselamatan dunia Web3.”

FIRMA KESELAMATAN WEB3 CERTIK MENUTUP PEMBIAYAAN TAMBAHAN $60 JUTA DARIPADA SOFTBANK SELEPAS SIRI B3 SEBANYAK $88 JUTA

No comments:

Post a Comment