Thursday, April 28, 2022

PANDO SOFTWARE MEMULAKAN PRAPENDAFTARAN BAGI TIGA P2E PANDONIA UNIVERSE BAHARU

 


 Table

Tiga P2E Pandonia Universe baharu telah memulakan prapendaftaran sebelum keluaran mereka di seluruh dunia. Tiga Pandonia Universe itu ialah ‘Pandonia Arena,’ ‘Guardians of Pandonia,’ dan ‘Dragons of Pandonia.’ Prapendaftaran kini tersedia di laman web rasmi. (Grafik: Business Wire)
 

SEOUL, Korea Selatan, 28 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- P2E Pandonia Universe yang baharu memulakan prapendaftaran lebih awal daripada keluaran serentak mereka di seluruh dunia. Tiga Pandonia Universe itu ialah ‘Pandonia Arena,’ ‘Guardians of Pandonia,’ dan ‘Dragons of Pandonia.’ Prapendaftaran kini tersedia di https://pandonia.co.

‘Pandonia Arena’ dengan wira-wira yang unik

‘Pandonia Arena’ telah diterbitkan sebagai token tidak sepiawai (NFT) bagi wira-wira dengan visual yang tersendiri dan kemahiran unik. Kaedah kawalan yang membolehkan sesiapa sahaja untuk bermain dengan mudah, seperti mod battle royale, mod big boss dan mod crown, adalah satu kelebihan yang besar. Permainan P2E berasaskan NFT Arked No.1 global ‘Pandonia Arena’ itu akan dikeluarkan pada Mei.

RPG baharu yang dicari oleh peminat, permainan P2E ‘Guardians of Pandonia’

‘Guardians of Pandonia’ adalah sebuah RPG mudah alih yang dicari oleh peminat di mana anda boleh mencipta pasukan anda sendiri sehingga enam watak dan menikmati kandungan pengembaraan, serbuan dan PvP. Khususnya, terdapat jangkaan yang tinggi bagi permainan P2E baharu yang dicari peminat itu di Jepun, oleh itu ia dirancang untuk dikeluarkan pada Jun.

MMORPG ‘Dragons of Pandonia,’ sebuah cerita yang dicipta dengan pelbagai naga

‘Dragons of Pandonia’ adalah sebuah MMORPG yang memberi tumpuan kepada naga. Ia adalah MMORPG berasaskan P2E di mana pengguna menulis cerita mereka sendiri yang besar dan berkuasa bergantung kepada lima jenis pekerjaan yang berbeza dan pelbagai naga. Pembangunan sedang dijalankan bertujuan untuk satu pelancaran global pada Julai.

Faedah istimewa bagi prapendaftar untuk tiga Pandonia Universe

Bagi pengguna prapendaftaran, Pando Software telah mengumumkan bahawa ia akan memberikan keistimewaan yang berkaitan dengan permainan bersama-sama dengan satu acara guguran udara di mana 10,000 mPANDO akan diundi dan diedarkan, sesuai dengan tarikh keluaran rasmi permainan itu.

Dalam tiga Pandonia Universe baharu itu, pengguna boleh memperoleh mPANDO melalui bermain permainan serta melalui permainan lain yang pada masa ini diservis oleh Pando Software. mPANDO adalah sebuah syiling MainNet dan direka untuk digunakan bagi pelbagai aplikasi dalam permainan.

Bermula dengan ‘Legend of Pandonia’ sebagai projek P2E mereka yang pertama pada tahun 2022, Pando Software telah meneruskan dengan keluaran ‘I Love Pandonia’ ke pasaran global.

Jadual terperinci dan berita tentang tiga Pandonia Universe itu boleh disemak di laman web rasmi (https://pandonia.co).

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52698853/en

Hubungi

Pando Software Inc
Lucia Tanti
+82-70-5100-0815
pr@pandosoft.co.kr

Sumber : Pando Software Inc

No comments:

Post a Comment