Friday, April 15, 2022

DUAL MINERS SECARA RASMINYA MEMPERKENALKAN 3 PELANTAR PERLOMBONGAN

HELSINKI, Finland, 15 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dual Miners (www.dualminers.com/) sudah melepasi USD20 juta dalam prapesanan. Dual Miners telah mengumumkan pengenalan rasmi bagi tiga pelantar perlombongan yang berpotensi untuk mengubah industri kripto di seluruh dunia. 

Dual Miners telah menggunakan teknologi cip ASIC untuk menghasilkan tiga penyelesaian yang telah diprakonfigurasikan untuk kemudahan penggunaan dan menjanjikan pulangan pelaburan dalam masa yang singkat iaitu seawal sebulan, yang diketuai oleh beberapa pakar paling berpengalaman dalam industri perlombongan Mata Wang Kripto.

DualPro, DualPro Max dan yang paling terbaharu, DualPremium merupakan produk semasa syarikat itu yang menyokong operasi yang menguntungkan pada blok rantai pilihan, berdasarkan kepada sebuah kenyataan.

DUAL MINERS SECARA RASMINYA MEMPERKENALKAN 3 PELANTAR PERLOMBONGAN

No comments:

Post a Comment