Thursday, April 7, 2022

TDK MENYOKONG KEJOHANAN OLAHRAGA DUNIA OREGON22 MELALUI AKTIVITI RAKAN RASMI






 TOKYO, 7 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TDK Corporation (TOKYO:6762) mengumumkan perkongsian rasmi mereka dengan acara balapan dan padang paling berprestij di dunia, Kejohanan Olahraga Dunia Oregon22 (kemudian dari ini “WCH Oregon22”). Berlangsung 100 hari dari sekarang, atlet dari seluruh dunia akan berkumpul dari 15-24 Julai di Hayward Field yang terkenal di Eugene di Universiti Oregon untuk meraikan satu perayaan bagi kepelbagaian, potensi manusia dan pencapaian olahraga. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi telah mengubah industri sukan dan potensi olahraga melalui penyelesaian elektronik dan penderia yang membantu pergerakan yang sempurna, mengesan prestasi dan meningkatkan komunikasi.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220406005485/en/

Ini adalah kali pertama Kejohanan Olahraga Dunia akan dianjurkan di Amerika Syarikat dan TDK mempunyai satu tradisi yang lama, dengan menaja WCH sejak acara sulung di Helsinki pada tahun 1983. WCH ialah satu pertandingan olahraga dwitahunan yang terkenal dengan catatan rekod dunia dan acara kedudukan dunia yang memberikan impak yang ketara kepada kelayakan Sukan Olimpik. Kira-kira 2,000 atlet terkemuka dari lebih 200 buah negara akan bersaing dalam 38 acara individu (19 lelaki dan 19 wanita), 6 acara jalan raya (3 lelaki dan 3 wanita) termasuk acara baharu pada program itu iaitu 35km RW, 5 lari berganti-ganti termasuk lari berganti-ganti 4x400m campuran.

TDK amat bangga untuk menyokong atlet seluruh dunia yang berusaha mencapai prestasi terbaik peribadi, menaja acara lelaki dan menyampaikan $100,000 kepada mana-mana atlet lelaki yang mencipta satu rekod baharu dunia. Selain itu, papan LED yang dikuasakan oleh sebuah produk bekalan kuasa TDK-Lambda akan berada di garisan permulaan 100m dan di sekeliling stadium itu.

Aktiviti penajaan utama TDK termasuk:

  1. Penukar AC-DC TDK-Lambda akan digunakan sebagai peranti bekalan kuasa untuk papan LED pada garisan permulaan perlumbaan untuk lari pecut 100 meter.
  2. Sebuah filem bertajuk “Mula Percaya Pada Diri Anda Sendiri” yang akan ditayangkan pada papan LED untuk mempamerkan sokongan TDK terhadap bukan sahaja atlet, tetapi semua orang yang bakal memulakan satu permulaan baharu.
  3. Satu halaman di laman web TDK yang termasuk kandungan eksklusif termasuk pemenang semasa dan masa lampau, rekod dunia, dan perhubungan di antara olahraga dan komponen elektronik, serta video yang disebutkan di atas.
TDK akan terus memanfaatkan kecekapan di dalam teknologi yang telah diperolehi mereka dalam kerjasama dengan WCH Oregon 22 untuk projek masa depan. Satu cabutan bertuah untuk tiket akan diadakan di Amerika Syarikat; butiran lanjut akan menyusul. Untuk maklumat lanjut tentang acara itu dan tiket, sila layari tapak itu di sini.

-----

Maklumat mengenai TDK Corporation
TDK Corporation ialah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian elektronik untuk masyarakat pintar yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Dibina di atas satu asas bagi penguasaan sains bahan, TDK mengalu-alukan transformasi kemasyarakatan dengan kekal tegas di barisan hadapan bagi evolusi teknologi dan merancang untuk “Memikat Hari Esok”. Ia telah diwujudkan pada tahun 1935 untuk mengkomersialkan ferit, satu bahan utama di dalam produk elektronik dan magnetik. Portfolio TDK didorong oleh inovasi yang komprehensif menampilkan komponen pasif seperti seramik, elektrolitik aluminium dan kapasitor filem, serta peranti magnetik, berfrekuensi tinggi dan piezo dan perlindungan. Spektrum produk itu juga termasuk penderia dan sistem penderia seperti suhu dan tekanan, magnetik dan penderia MEMS. Selain itu, TDK menyediakan bekalan kuasa dan peranti tenaga, kepala magnet dan banyak lagi. Produk ini dipasarkan di bawah jenama produk TDK, EPCOS, InvenSense, Micronas, Tronics dan TDK-Lambda. TDK memberi tumpuan kepada pasaran yang mencabar di dalam automotif, industri dan elektronik pengguna, serta teknologi maklumat dan komunikasi. Syarikat itu mempunyai satu rangkaian lokasi reka bentuk dan pembuatan serta pejabat jualan di Asia, Eropah, dan di Amerika Utara dan Selatan. Pada fiskal 2021, TDK mencatatkan jumlah jualan sebanyak USD 13.3 bilion dan mempunyai kira-kira 129,000 orang pekerja di seluruh dunia.

-----

Anda boleh memuat turun teks ini dan imej yang berkaitan daripada
https://www.tdk.com/en/news_center/press/20220406_01.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220406005485/en/

Hubungi

Hubungan untuk media
Aya TOHYAMA
TDK Corporation
+813 6778-1055
pr@jp.tdk.com

Sumber : TDK Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15753

No comments:

Post a Comment