Saturday, April 9, 2022

EVOLUSI 45 TAHUN SEGI

KOTA DAMANSARA, 8 April (Bernama) -- Tahun ini genap 45 tahun penubuhan SEGi sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi terkemuka di Malaysia.
 
Terdahulu, SEGi membuka kampusnya yang pertama, Pusat Latihan Perniagaan Sistematik atau Systematic Business Training Centre, pada tahun 1977 di pusat bandar Kuala Lumpur. Ianya bertujuan untuk menawarkan sijil-sijil kelayakan profesional kepada individu-individu yang mempunyai minat mendalam terhadap meraih pendidikan tinggi dan berbakat semula jadi.
 
SEGi kini telah berkembang dengan pesat dan menerima pengiktirafan sebagai salah satu kumpulan pendidikan tinggi swasta terbesar di Malaysia, dan mempunyai kira-kira 20,000 pelajar di lima kampus yang terletak di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sarawak.
 
SEGi telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij yang menyerlahkan keupayaan kami dalam menawarkan pendidikan tinggi yang berkualiti. Antara pencapaian terbaharu, Universiti SEGi menerima status keseluruhan QS 5 Stars Plus dalam QS World University Rankings 2022. SEGi sangat berbangga dengan pencapaian ini kerana ia telah menempatkan kami antara 19 universiti di seluruh dunia dan antara dua universiti Malaysia yang berjaya mencapai status ini.
 
Disamping itu, kampus-kampus Kolej SEGi telah memperoleh taraf 6 Bintang dalam MyQuest 2018/2019, sementara Kolej SEGi Kuala Lumpur mencapai penarafan 5 Bintang.
 
Berdasarkan kejayaan ini, SEGi akan meningkatkan usahanya untuk mendigitalkan proses pembelajaran, termasuklah menaiktarafkan kemudahan-kemudahan di semua kampus kami setaraf antarabangsa di dalam era digital semasa.
 
Globalisasi telah mengubah permintaan pasaran modal insan. Oleh itu, SEGi berusaha untuk menambahbaikkan akses, pembelajaran dan aplikasi pengetahuan pelajar. Justeru, membimbing graduan dalam menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan yang sangat global terutama sekali pada masa pandemik.
 
SEGi juga akan terus memperjuangkan konsep ‘kepelbagaian’ dalam pendidikan tinggi. Perjuangan kami terbukti dengan nisbah tinggi pelajar antarabangsa dari hampir 100 negara di kesemua kampus kami. Interaksi ramah dan sihat antara pelajar-pelajar tempat dan antarabangsa di SEGi juga menggalakkan pertukaran budaya, dan sekaligus memberi mereka perspektif global yang ketara.
 
SEGi akan terus membangunkan pematuhan yang berkesan, meningkatkan kemampanan dan usaha tanggungjawab korporatnya untuk memberi manfaat kepada generasi akan datang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15757

No comments:

Post a Comment