Monday, April 18, 2022

PALADIN PANDAS MELANCARKAN $BAMB SELEPAS KUTIPAN DANA AS$4 JUTA

HONG KONG, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Permainan komputer NFT yang bergabung dengan OHDAT Paladin Pandas telah melancarkan $BAMB (token ERC-20) pada 6 April. Paladin Pandas ialah satu daripada projek permainan NFT bermain untuk peroleh pendapatan yang lebih awal yang telah melengkapkan pelancaran bagi permainan dan token mereka.

Satu koleksi 10K NFT lukisan tangan yang dilancarkan di Opensea pada 28 September 2021, Paladin Pandas habis dijual dalam masa 32 minit. Ia berada pada kedudukan No. 6 pada papan pendahulu volum harian, No.13 pada papan pendahulu volum mingguan dan dipaparkan di halaman OpenSea.

Ini membawa kepada pengiktirafan daripada VC yang telah bertapak dan OHDAT mengumpulkan dana berjumlah AS$4 juta daripada Future Capital, Hashkey Capital, Innoangel, Y2Z Capital, Vincent Niu, pengasas Sky9 Capital dan Mandy Wang, pengasas bagi Odaily, untuk melancarkan projek-projek baharu dan melaksanakan permainan simulasi sosial Dunia Terbuka dan permainan MMORPG, yang diserlahkan pada Peta Hala Tuju 2.0 mereka.

PALADIN PANDAS MELANCARKAN $BAMB SELEPAS KUTIPAN DANA AS$4 JUTA

No comments:

Post a Comment