Monday, April 25, 2022

MARY KAY INC. MENYOROTI TINDAKAN LAUTAN DAN PERKONGSIAN DENGAN THE NATURE CONSERVANCY PADA HARI BUMI 2022



Table

Logo Mary Kay


DALLAS, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari Bumi ini menandakan ulang tahun ke-52 bagi Hari Bumi pertama yang disambut pada tahun 1970. Mary Kay Inc. menyertai dalam meraikan alam sekitar itu dan semua perkongsian itu di seluruh dunia yang berusaha untuk melabur di dalam planet kita dan mencapai 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220422005430/en/

Satu komponen penting di dalam menangani perubahan iklim dan mencapai SDG itu adalah kebergantungan kepada tindakan lautan. Lautan yang meliputi 70 peratus daripada permukaan Bumi, adalah merupakan biosfera terbesar di planet ini, dan merupakan tempat bagi sehingga 80 peratus daripada semua kehidupan di dunia. Ia menjanakan 50 peratus daripada oksigen yang kita perlukan, menyerap 25 peratus daripada semua pelepasan karbon dioksida dan memerangkap 90 peratus haba tambahan yang dihasilkan daripada pelepasan tersebut. 1

The Nature Conservancy (TNC) telah memulakan perjalanan untuk melindungi lautan kita, dengan sokongan daripada Mary Kay, yang kekal sebagai teras bagi strategi kelestarian mereka: “Hari Bumi ini, lautan kita memerlukan kita semua,” kata Jeffrey Parrish, Pengarah Urusan Global untuk Perlindungan Alam Semula Jadi di The Nature Conservancy. “Dengan sokongan daripada rakan korporat kami, TNC bekerja setiap hari di seluruh dunia untuk memulihara terumbu, pantai dan perikanan yang menghasilkan kehidupan di Planet ini, dan kehidupan kita sendiri, untuk berkembang maju. Bersama-sama, kita meraikan Hari Bumi setiap hari.”

Melalui perkongsian kolektif itu, Mary Kay menyokong projek yang menghasilkan impak yang lestari dalam memelihara dan melindungi lautan kita:
  • Perlindungan lautan global untuk meningkatkan kesihatan lautan bagi alam semula jadi dan manusia;
  • Melindungi terumbu karang yang berdaya tahan iklim, “terumbu super,” di Segitiga Karang;
  • Memulihkan Terumbu Kerang-kerangan Asia Pasifik di Australia, Hong Kong dan China;
  • Menyokong Pemimpin Wanita di Pasifik di Papua New Guinea (Bakau, Wanita dan Pasaran) dan Kepulauan Solomon (Kesihatan dan Daya Tahan Komuniti);
  • Pemuliharaan dan Pemulihan Pantai di Pantai Teluk (Melindungi Tanah Lembap Pantai Teluk); dan
  • Meningkatkan Perikanan di Mexico (Memperbaiki Perikanan dan Memperkasakan Komuniti).
The Nature Conservancy akan melancarkan satu perkongsian global yang baharu untuk mengenal pasti dan melindungi terumbu karang yang berada pada kedudukan untuk bertahan daripada perubahan iklim – “Terumbu Super” pada Persidangan Lautan PBB 2022 di Lisbon, Portugal. Persidangan Lautan PBB itu, yang dihoskan bersama oleh Kerajaan Kenya dan Portugal, akan berusaha untuk menangani ancaman kepada kesihatan, ekologi, ekonomi dan tadbir urus bagi lautan dan mendorong penyelesaian berinovatif berasaskan sains yang sangat diperlukan yang bertujuan untuk memulakan satu lembaran baharu bagi  tindakan lautan global.

“Pada Hari Bumi, dan pada setiap hari, Mary Kay meraikan kerja yang telah kami lakukan untuk melabur di dalam planet kita dan melindungi lautan kita—satu sumber yang mengekalkan mata pencarian bagi kira-kira 3 bilion orang di seluruh pelosok dunia. Ia amat penting untuk bumi, masa depan dan komuniti kita. Mary Kay berbangga dengan perkongsian kami untuk membantu mewujudkan impak yang lestari dan berkekalan di dalam komuniti di seluruh dunia. Ia sememangnya satu perkongsian bagi planet ini,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay.

“Kami tahu masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan dan kami tahu bahawa kami boleh, dan akan, melakukan lebih banyak lagi. Menjaga bumi kita adalah penting bagi Mary Kay dan Hari Bumi memberikan kami peluang untuk mengesahkan komitmen kami terhadap tindakan yang lestari,” kata Gibbins.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang komitmen Mary Kay terhadap kelestarian, sila layari marykayglobal.com/sustainability dan memuat turun strategi kelestarian global Mary Kay, Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Lestari.

Maklumat mengenai The Nature Conservancy

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua kehidupan. Dengan berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan kepada cabaran yang paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada satu skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara lestari dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Berusaha di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita di dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang lestari, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

1 Maklumat mengenai Persidangan Lautan PBB 2022, Persidangan Lautan PBB Lisbon, Portugal, https://www.un.org/en/conferences/ocean2022/about

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220422005430/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment