Friday, April 1, 2022

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE MENGELUARKAN MOSFET KUASA SALURAN N 150V YANG MENGGUNAKAN PROSES GENERASI TERKINI UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN BEKALAN KUASA

 KAWASAKI, Jepun, 1 April, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan sebuah MOSFET kuasa saluran N 150V “TPH9R00CQH” (https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/mosfets/12v-300v-mosfets/detail.TPH9R00CQH.html) yang menggunakan proses generasi terkini (*1), “U-MOSX-H,” dan yang sesuai untuk digunakan di dalam menukar bekalan kuasa bagi peralatan industri -- termasuk yang digunakan di dalam pusat-pusat data dan stesen pangkalan komunikasi. Penghantaran bermula pada 31 Mac.

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M107097/202203249042/_prw_PI1fl_As0mw3xi.jpg

 
TPH9R00CQH mempunyai rintangan pada sumber saliran kira-kira 42% lebih rendah berbanding dengan TPH1500CNH, sebuah produk 150V yang menggunakan proses generasi semasa, U-MOSVIII-H. Pengoptimuman bagi struktur MOSFET baharu itu telah menambah baik tukar ganti (*2) di antara rintangan pada sumber saliran dan dua ciri-ciri cas (*3), sekali gus merealisasikan ciri-ciri kehilangan rendah yang sangat baik. Selain itu, voltan pancang di antara saliran dan sumber semasa operasi pensuisan dikurangkan, membantu untuk mengurangkan gangguan elektromagnet (EMI) dalam pensuisan bekalan kuasa. Dua jenis pakej pelekap permukaan tersedia: SOP Advance dan SOP Advance (N) yang lebih popular.

Toshiba juga menawarkan peranti yang menyokong reka bentuk litar untuk menukar bekalan kuasa. Di samping model G0 SPICE, yang boleh mengesahkan fungsi litar dalam masa yang singkat, model G2 SPICE yang sangat tepat itu, yang menghasilkan semula ciri-ciri sementara dengan tepat, kini tersedia.

Toshiba akan memperluaskan barisan MOSFET kuasa mereka yang meningkatkan kecekapan bekalan kuasa peralatan dengan mengurangkan kehilangan, membantu untuk mengurangkan penggunaan kuasa.

Nota:
(*1) Tinjauan Toshiba setakat Mac 2022.
(*2) Produk itu telah menambah baik cas suis x get rintangan pada sumber saliran sebanyak kira-kira 20% dan cas x output rintangan pada sumber saliran sebanyak kira-kira 28% berbanding dengan produk semasa TPH1500CNH (siri U-MOSVIII-H).
(*3) Caj suis get dan cas output
 
Penggunaan
- Bekalan kuasa untuk peralatan komunikasi
- Menukar bekalan kuasa (penukar DC-DC berkecekapan tinggi, dsb.)
 
Ciri-ciri
- Ciri-ciri kehilangan rendah yang sangat baik.
(tukar ganti di antara rintangan dan cas suis get dan cas output)
- Rintangan rendah: RDS(ON)=9.0miliohm (maksimum) @VGS=10V
- Penarafan suhu saluran tinggi: Tch (maksimum)=175C
 
Spesifikasi Utama:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202203249042-O1-spr94552.pdf
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, TPH9R00CQH:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/mosfets/12v-300v-mosfets/detail.TPH9R00CQH.html
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai MOSFET Toshiba:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/mosfets.html
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang model SPICE yang sangat tepat (model G2):
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/knowledge/highlighted-contents/articles/simulating-the-transient-characteristics-of-mosfet-more-accurately.html
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu, TPH9R00CQH, di pengedar dalam talian, sila layari dan beli secara dalam talian:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TPH9R00CQH.html
 
Nota:
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.

Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

No comments:

Post a Comment