Friday, April 1, 2022

UMIT CIFTCI DILANTIK SEBAGAI PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN SERANTAU UNTUK TURKI

TEMECULA, Calif., 1 April  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan Tenaga Bersih & Gas Industri (“Kumpulan”) bagi Nikkiso Cryogenic Industries yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Umit Ciftci telah dilantik sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau untuk Turki dan kawasan sekitarnya.

Berpangkalan di Istanbul Turki, beliau akan bertanggungjawab ke atas barisan produk penuh Kumpulan, dan akan melaporkan kepada Ole Jensen, NCE&IG GmbH Jerman.

Umit menerima ijazah dalam Kejuruteraan Pengurusan, yang memberikan latar belakang yang kukuh dalam kejuruteraan serta perniagaan dan kewangan. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam Compressed Air dan menyandang pelbagai jawatan termasuk jurutera jualan, pemasaran dan pengurus barisan perniagaan di Turki dan Pengurus Pembangunan Perniagaan di UAE untuk Atlas Copco.

“Pengalaman serta pengetahuan pasaran dan industri Umit akan memberi manfaat besar kepada NCEIG GmbH, ketika kami berusaha untuk membangunkan peluang yang berpotensi dalam pasaran ini. Kami mengharapkan sumbangan positif beliau,” menurut Ole Jensen, Naib Presiden NCEIG Europe.

Dengan tambahan ini, Nikkiso meneruskan komitmen mereka untuk muncul di arena global dan tempatan bagi pelanggan mereka.

UMIT CIFTCI DILANTIK SEBAGAI PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN SERANTAU UNTUK TURKI

No comments:

Post a Comment