Wednesday, April 6, 2022

GLAMHIVE MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA & KECANTIKAN LANGSUNG GLAMHIVE ANTARABANGSA PERTAMA YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH MARY KAY GLOBAL DESIGN STUDIO




Pengasas Glamhive Stephanie Sprangers dengan pengacara bersama penggaya selebriti Nicole Chavez menghimpunkan pemimpin industri untuk membincangkan gaya dan kecantikan di London


LOS ANGELES & SEATTLE, 5 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Apa yang bermula sebagai satu cara bagi komuniti penggaya untuk berkumpul bersama telah berkembang menjadi satu daripada perhimpunan terbesar bagi komuniti penggaya di seluruh dunia. Kini, dengan perjalanan kembali rancak, Sidang Kemuncak Gaya & Kecantikan Musim Bunga Glamhive akan dilancarkan di London pada 23 April. Glamhive dan Mary Kay Design Studio melancarkan sidang kemuncak ini sebagai satu pengalaman fizikal-digital hibrid dengan tetamu hadir secara bersemuka dan secara maya, kesemuanya dari Bulgari Hotel London yang sangat bergaya. 100% hasil daripada penjualan tiket akan didermakan kepada Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa di atas usaha mereka di Ukraine.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220404005192/en/

Sidang Kemuncak Musim Bunga itu akan menjadi sidang kemuncak kelapan oleh syarikat itu dan sekali lagi akan menghimpunkan pemimpin industri dan pembuat imej selebriti terkemuka untuk membincangkan mengenai gaya, mencipta, membiayai dan melancarkan perniagaan, masa depan fesyen dan banyak lagi.

Acara bertiket sepanjang hari itu akan menampilkan enam panel dengan lebih 25 penceramah. Di bawah adalah satu gambaran keseluruhan berhubung topik yang akan diliputi oleh barisan penceramah bertaraf bintang itu.

TOPIK:
  • Perspektif London
  • Tidak Dapat Dihentikan: Wanita Yang Melancarkan
  • Minum Teh Dengan Vogue British Dena Giannini
  • Menjenamakan Diri Sendiri: Kembangkan Jenama Peribadi Anda
  • Cara Untuk Membuat Kenyataan Penampilan Dengan Gaya Anda
  • Masa Depan Fesyen
PENGACARA BERSAMA
STEPHANIE SPRANGERS - Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
NICOLE CHAVEZ - Penggaya Selebriti kepada Kristen Bell dan Jessica Simpson

PENCERAMAH:

Penceramah kami adalah penggaya selebriti, artis solekan dan pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk:

Penggaya Selebriti: Nicole Chavez & Zadrian Smith
Kecantikan Selebriti: Christian Wood & Tania Grier
Editor: Dena Giannini (British Vogue) & Brian Underwood (Majalah O)
 
Tiket ke persidangan itu ialah ₤149 GBP untuk tiket bersemuka sepanjang hari dan ₤45 GBP untuk sebuah tiket maya. Pembentangan penaja untuk Sidang Kemuncak Gaya & Kecantikan Langsung Glamhive itu ialah Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio dan Bulgari Hotels.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/live-upcoming

Maklumat mengenai Glamhive: Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan penggayaan peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak seharusnya eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal.
 
Pengalaman penggayaan di dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya yang akan memberikan mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Bagi penggaya, ini adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian dan perniagaan mereka, boleh dikatakan hampir 100%.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita di dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15743

No comments:

Post a Comment