Thursday, April 28, 2022

MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN: PDRM DAN PBLT BERGANDING BAHU BERSAMA DYNA SOURCE MELANGSUNGKAN MAJLIS AMAL

Majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim, kanak-kanak kurang upaya, pesakit-pesakit kronik dan para balu sempena bulan ramadan dianjurkan oleh PDRM dan PBLT berganding bahu 🤝 bersama dengan Dyna Source Sdn Bhd pada 27 April di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (IPD).
#dynamedical #dynasource #IPD #IPDshahalam #pdrm #pblt #berbukapuasa #csr #bernama


Majlis Berbuka Puasa Untuk Anak Yatim dan Para Balu Sempena Bulan Ramadan

SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Bulan Ramadan seringkali dikaitkan dengan amalan menahan nafsu dari lapar dan dahaga, akan tetapi ianya tidak dihadkan kepada itu sahaja. Bulan ini juga merupakan masa yang terbaik untuk melipat gandakan amalan soleh, termasuklah amalan kebajikan. Dengan itu, PDRM dan PBLT telah berganding bahu bersama Dyna Source Sdn Bhd dalam bulan suci ini untuk memberi bantuan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan para balu.

Bahagian Perubatan Dyna Source Sdn Bhd – Dyna Medical, merupakan pengedar Kad Ujian Antigen BioDetect Rapid SARS-CoV-2, telah banyak terlibat dalam pengedaran PPE di Malaysia sejak wabak pandemik. Menyaksikan kesan bencana pandemik terhadap kehidupan berjuta-juta orang. Dyna Source Sdn Bhd berbesar hati menaja majlis ini sebagai usaha untuk memberi kembali kepada mereka yang kurang bernasib baik dan terjejas secara fizikal dan emosi kerana kehilangan orang tersayang dan sumber pendapatan yang tidak stabil dalam dua tahun lepas.

Majlis tersebut dilangsungkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dan dihadiri oleh tetamu- tetamu VVIP termasuk Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal bin Ibrahim dan timbalannya Superintendent Ramsay Anak Embol; Dato’ Kamaruddin bin Mat Desa (Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil); pengarah-pengarah Dyna Source Sdn Bhd - Ir. Mohd Fadzil bin Mat Hussin, Walter Hiew Kim Swee and Martin Low Wink Keng; Pn. Sr Nor Khairiah Abdul Halim (Ketua Pegawai Operasi PBLT); En. Saharudin Salim (Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengurusan Fasiliti PBLT); Dato’ Sri Noor Azerai (Presiden Rinani Group); pengarah-pengarah eksekutif dari MGRC - Tuan Noor Azri bin Noor Azerai and Dato’ Alvin Joseph Nesakumar; and Datin Seri Anizah binti Musa.

Majlis tersebut bermula dengan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Mazlan bin Lazim dan isterinya, Datin Seri Hajah Anizah binti Musa. Setiap tetamu majlis dihadiahkan beg cenderahati yang diisikan dengan pelitup muka perubatan dan kit ujian kendiri Covid-19. Upacara dimulakan dengan ucapan dari Datuk Seri Haji Mazlan, diikuti dengan penyampaian sumbangan duit Raya dan set peralatan pencegahan Covid-19 yang termasuk gel pembersih tangan (hand sanitizer), pelitup muka perubatan, dan kit ujian kendiri Covid-19. Sumbangan tersebut disampaikan oleh para tetamu VVIP kepada 61 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim berumur antara 8 dan 10 tahun dari Rumah Amal Budi Bestari, kanak-kanak kurang upaya, pesakit-pesakit kronik, dan juga para balu.

No comments:

Post a Comment