Friday, April 15, 2022

PENERBITAN TAX CORPORATE GOVERNANCE FRAMEWORK

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah melancarkan Tax Corporate Governance Framework (TCGF) pada 01 Mac 2022 yang lalu bersempena dengan Majlis Perasmian Sambutan Hari Hasil ke-26 di Menara Hasil Cyberjaya.
 
Pengenalan TCGF ini adalah sebahagian daripada inisiatif HASiL ke arah menerima pakai proses pematuhan cukai yang adil dan berkesan di Malaysia. HASiL percaya rangka kerja tadbir urus cukai yang kukuh dapat menetapkan teknik dan proses dalam organisasi untuk mengenalpasti risiko cukai, menilai risiko dan menetapkan tindakan yang sesuai untuk mengurangkan kesan risiko cukai tersebut. Rangka kerja tadbir urus cukai yang berkesan juga boleh memupuk tahap keyakinan bahawa organisasi melaporkan dan membayar jumlah cukai yang betul, membolehkan organisasi mencapai kepastian yang lebih besar berhubung dengan hal ehwal cukainya.
 
Objektif utama TCGF adalah sebagai satu rangka kerja yang menjadi asas antara HASiL dan pembayar cukai untuk membangun dan mengekalkan hubungan kerja yang lebih terbuka dalam memastikan proses pematuhan percukaian adalah adil dan efektif. Rangka kerja ini juga membuka jalan untuk pemahaman yang lebih baik antara sektor perniagaan, HASiL dan masyarakat. Selain itu, aspek ‘accountability’ dan ‘transparency’ di bawah ‘governance arrangements’ untuk memupuk pemahaman terhadap layanan percukaian juga penting, demi memastikan pematuhan cukai yang adil dan efektif dapat dicapai.

PENERBITAN TAX CORPORATE GOVERNANCE FRAMEWORK

No comments:

Post a Comment