Tuesday, April 12, 2022

PERTANDINGAN REKA BENTUK LOGO DAN FRASA PEMIKAT BAGI TAHUN KE-50 BAGI PERSAHABATAN DAN KERJASAMA ASEAN-JEPUN




Tarikh Akhir Permohonan: 15 Jun, 2022


TOKYO, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah melancarkan borang permohonan dalam talian di laman web mereka untuk menerima permohonan bagi pertandingan reka bentuk logo dan frasa pemikat bagi tahun peringatan ke-50 perhubungan ASEAN-Jepun yang dihoskan oleh Kerajaan Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun, dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan AJC. Pertandingan itu dibuka kepada semua warga Negara Anggota ASEAN dan Jepun. Tarikh tutup permohonan adalah pada Rabu, 15 Jun, 2022.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220401005161/en/
 
Tahun 2023 menandakan tahun peringatan ke-50 bagi perhubungan ASEAN-Jepun. Kerajaan Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun akan meraikan Tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun dengan pelbagai acara peringatan dan program pertukaran pada tahun 2023 dan juga menggalakkan rakyat mereka untuk menyertai perayaan bagi kejayaan penting ini.
 
Untuk tujuan ini, pertandingan itu dianjurkan untuk menjemput idea-idea secara terbuka daripada rakyat mereka untuk reka bentuk sebuah logo dan satu frasa pemikat yang mencerminkan 50 tahun persahabatan dan kerjasama.
 
1. Gambaran Keseluruhan – Pertandingan Reka bentuk logo dan Frasa Pemikat

(1) Kelayakan: Pertandingan itu dibuka kepada semua warganegara Negara Anggota ASEAN dan Jepun.
(2) Cara untuk memohon: Hantarkan borang permohonan dalam talian melalui laman web AJC di bawah.
 https://www.asean.or.jp/en/ajc/50th-logo-catchphrase/
(3) Tarikh Akhir Permohonan: Rabu, 15 Jun, 2022
(4) Pemilihan: Penyertaan akan dipertimbangkan dengan teliti oleh penganjur pertandingan. Seorang pemenang dan dua naib juara bagi kedua-dua logo dan frasa pemikat akan dipilih.
(5) Pengumuman: Keputusan bagi pertandingan itu akan diumumkan pada Persidangan Pasca Kementerian ASEAN dengan Jepun dan selepas itu di laman web masing-masing bagi Sekretariat ASEAN dan AJC.
 
2. Keperluan
  • Setiap pemohon boleh memohon untuk kedua-dua logo dan frasa pemikat atau salah satu.
  • Setiap pemohon hendaklah menghantar hanya satu penyertaan dan berbilang penyertaan daripada peserta yang sama tidak akan dipertimbangkan.
  • Penyertaan tidak akan dikembalikan.
 
3. Perkara yang perlu diberi perhatian

Penyertaan hendaklah berupa bahan baharu dan tidak pernah diterbitkan sebelum ini, dan asli secara eksklusif untuk pertandingan Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun ini. Untuk butiran lanjut, sila semak garis panduan permohonan yang terdapat pada halaman borang permohonan dalam talian: https://www.asean.or.jp/en/ajc/50th-logo-catchphrase/.

4. Pertanyaan

Pusat ASEAN-Jepun
inquiries50th@asean.or.jp 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15763

No comments:

Post a Comment