Friday, February 3, 2017

AG&P MENANDATANGANI MOU DENGAN HINDUSTAN LNG UNTUK MEMBINA SEBUAH TERMINAL IMPORT LNG BAHARU DI ANDHRA PRADESH


Perjanjian penting membuka jalan untuk penghantaran gas bertol yang lebih murah bagi loji kuasa dan pengguna lain di seluruh Pantai Timur India

NEW DELHI, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- AG&P (Syarikat Atlantik, Teluk dan Pasifik), penyepadu terkemuka dunia bagi penyelesaian infrastruktur LNG termasuk terminal LNG dan rantaian bekalan yang muncul daripadanya, dan Hindustan LNG (HLNG), sebuah syarikat pembangunan terminal import LNG yang berpangkalan di Hyderabad, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membekalkan gas bertol ke stesen-stesen kuasa di wilayah Timur Godavari di Andhra Pradesh, India. Di bawah perjanjian itu, AG&P akan menyediakan satu penyelesaian bersepadu untuk menghantar regasified LNG iaitu proses fizikal di mana gas asli cecair dipanaskan untuk dikembalikan ke dalam bentuk gas melalui satu terminal import LNG yang baharu yang mana AG&P akan juga mereka bentuk dan membinanya di pelabuhan di Andhra Pradesh. 

No comments:

Post a Comment