Tuesday, February 21, 2017

ENVISTA FORENSICS UMUM PEMBUKAAN PEJABAT DI SYDNEY, AUSTRALIA

SYDNEY & ATLANTA, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Envista Forensics, sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan kejuruteraan forensik dan perundingan kepada industri insurans dan undang-undang mengumumkan pembukaan sebuah pejabat baharu, di Sydney, Australia. Pejabat ini akan mengembangkan kehadiran Syarikat itu di Asia dan Australasia.
 
Mengenai pertumbuhan Syarikat itu secara keseluruhan, Bob Wedoff, Presiden berkata, "Kami amat berbesar hati untuk memperluaskan kehadiran global kami dengan pembukaan pejabat baharu di Sydney. Bukan sahaja ia menandakan satu lagi langkah utama di dalam merealisasikan misi kami untuk menyampaikan kepakaran teknikal pasca kehilangan yang bertaraf dunia tanpa mengira di mana ia diperlukan, ia meningkatkan keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami yang bersifat multinasional di seluruh dunia dengan tahap tinggi yang sama berhubung kualiti teknikal dan perkhidmatan pelanggan yang mereka sudah biasa tanpa mengira lokasinya."



No comments:

Post a Comment