Monday, February 13, 2017

BIOLINE MELANCARKAN KIT PENYEDIAAN PUSTAKA DNA JETSEQ™ BARU

CINCINNATI, 10 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, iaitu anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pengembangan portfolio Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ untuk penyediaan sampel Penjujukan Generasi Mendatang (NGS).

Dibangunkan bersama dengan Oxford Gene Technology (OGT), Kit Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ menggunakan penimbal yang dipraoptimumkan untuk memberikan keberkesanan tindak balas maksimum dan kadar penukaran yang tertinggi, lalu membolehkan penyediaan DNA yang sedia penjujukan NGS kualiti tertinggi dan meligat penyesuai untuk Penjujuk Generasi Mendatang Ilumina. Gabungan pembaikan hujung dan pengekoran A yang diikuti oleh ligasi langsung penyesuai bekalan pelanggan, mengurangkan langkah pembersihan dan tempoh amali; lalu menambah baik hasil dan kualiti pustaka sedia penjujukan serta mengurangkan jumlah DNA yang diperlukan dengan ketara. Kit baru dibekalkan sama ada dengan polimerase, untuk amplifikasi PCR dengan bahan pemula yang lebih rendah, atau kit bebas PCR di mana bahan pemulanya tidak terhad.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9748

No comments:

Post a Comment