Thursday, February 2, 2017

Memaparkan 6,500 Hiasan Gantung dan Bonsai Jepun
 
TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas  mengenai seni tradisional Jepun untuk meraikan festival anak patung kanak-kanak perempuan Hinamatsuri tradisional dengan memaparkan pelbagai hiasan seni tradisional di hotel itu dari Februari hingga Mac, 2017. Pameran ini yang diadakan setiap tahun telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh tetamu, dan tahun ini memaparkan kira-kira 6,500 perhiasan anak patung sutera halus tenunan tangan, barang-barang seni ukiyoe Jepun yang menggambarkan adegan "budaya kaum wanita Jepun", dan pokok hiasan "Bonsai" miniatur yang diukir untuk membolehkan pengunjung merasai representasi seni tradisional Jepun bagi “Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan Hinamatsuri".



No comments:

Post a Comment