Friday, February 24, 2017

JEPUN MELIHAT PELAWAT KE DALAM NEGARA MENCECAH 24.04 JUTA PADA TAHUN 2016, MENANDAKAN PENCAPAIAN TERTINGGI UNTUK TEMPOH TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT DAN PERTUMBUHAN KETARA 2.4 KALI GANDA SEPANJANG TIGA TAHUN

TOKYO, 23 Feb., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Ke arah Matlamat Mengalu-alukan 40 Juta Pelawat ke Dalam Negara menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 –

- Lebih 14,000 Video/ Gambar Kini Boleh Diperolehi secara Percuma untuk dimuat turun di laman web Pusat Media Dalam Talian Jepun (
https://jomc.jnto.go.jp/), dengan Menyediakan Kandungan yang boleh dimuat turun secara Percuma mengenai Pelancongan di Jepun -

Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) mengumumkan pada bulan lalu bahawa bilangan pelawat ke Jepun pada tahun 2016 adalah 24.04 juta orang. Ini melambangkan jumlah terbesar dalam rekod sejak JNTO mula menyimpan perangkaan pada tahun 1964. Sepanjang tiga tahun lepas, jumlah pengunjung telah meningkat 2.4 kali ganda. Menyumbang kepada pertumbuhan yang ketara ini adalah persidangan dan acara bertaraf antarabangsa yang diadakan di Jepun serta aktiviti-aktiviti promosi yang berterusan untuk menarik pelancong.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9773

No comments:

Post a Comment