Friday, February 17, 2017

NEURALSTEM MENGUMUMKAN SUBJEK TERAKHIR SERTAKAN DALAM PERCUBAAN FASA 2 DENGAN NSI-189 UNTUK KECELARUAN KEMURUNGAN MAJOR

GERMANTOWN, Md., Feb 17 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang menumpu pada pembangunan terapi sistem saraf pusat berdasarkan teknologi sel dasarnya, hari ini mengumumkan penyempurnaan penyertaan subjek dalam percubaan klinikal NSI-189 Fasa 2-nya bagi rawatan kecelaruan kemurungan major (MDD). NSI-189 merupakan entiti kimia baharu dan sebatian peneraju dalam program molekul kecil neurogenik Neuralstem. Penyertaan telah selesai lebih awal daripada yang dijadualkan dan data dapat dijangkakan hasil pada Suku 3 2017.

“Melengkapkan penyertaan subjek terakhir dalam kajian Fasa 2 dengan NSI-189 bagi rawatan MDD lebih awal daripada jangkaan merupakan pencapaian pembangunan klinikal yang ketara untuk Neuralstem ,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO Neuralstem.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9761

No comments:

Post a Comment