Friday, February 24, 2017

ZURICH TAKAFUL MALAYSIA TAWAR PERLINDUNGAN MAMPU MILIK DENGAN PELAN TERBARU, 'TAKAFUL SENIORGOLD'

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) --  Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) baru-baru ini telah melancarkan Takaful SeniorGold, pelan takaful keluarga yang direka untuk menawarkan perlindungan berharga kepada mereka yang berusia dari 50 – 80 tahun dengan caruman dari serendah RM50 sebulan.

"Di Zurich, kami berhasrat membantu para pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Kehidupan setelah persaraan seringkali ditempuh dengan pelbagai cabaran termasuk pengurangan atau kehilangan pendapatan tetap yang ketara, kerana itu, kami prihatin terhadap keperluan untuk menawarkan penyelesaian takaful mampu milik bagi membantu para pesara dan juga orang dewasa yang mempunyai ibu bapa bersara menangani risiko kewangan akibat kejadian yang tidak diduga. Takaful SeniorGold menawarkan para pelanggan ketenangan fikiran supaya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan,” kata Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif, ZTMB. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9774

No comments:

Post a Comment