Wednesday, February 8, 2017

SUMITOMO PERKENALKAN PERKHIDMATAN PENGESAHAN "FLICK" TELEFON PINTAR DALAM MAC

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Sumitomo Mitsui Banking Corp (SMBC) akan
melancarkan perkhidmatan pengesahan "Flick" pada platform telefon pintar bagi
kegunaan perkhidmatan transaksi bisnes ke bisnes (B2B) dalam Mac ini.
    SMBC dalam satu kenyataan hari ini, berkata walaupun wujud ancaman pemalsuan
dan penggodaman Komputer Peribadi, SMBC terus melangkah ke hadapan dengan
transaksi B2B perbankan Internet sambil meneruskan usaha dalam menjamin 
persekitaran urus niaga yang selamat.
    Presiden SMBC, Takeshi Kunibe, berkata perkhidmatan itu digerakkan oleh
penyelesaian TheGRID  Beacon 2-Factor Authentication, yang membenarkan penyedia
perkhidmatan kewangan berasaskan Internet untuk menangani ancaman kecurian
identiti dalam talian.
    "The TheGRID  Beacon dipelopori dan dipatenkan oleh e-Lock Corporation Sdn
Bhd (e-Lock), sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) Jepun yang berpangkalan di sini. 
    "Model lapisan perlindungan gandaan milik syarikat itu memastikan bahawa
maklumat sulit pelanggan dalam talian sentiasa dilindungi dan dijamin,' katanya.
    Takeshi berkata pembangunan perkhidmatan pengesahan One Flick dengan NEC
Corp yang memanfaatkan paten antarabangsa teknologi ON/OFF e-Lock, telah memacu
pengenalan pelbagai perkhidmatan perbankan Internet dengan selamat pada platform
telefon pintar.
    Katanya, teknologi TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication pada dasarnya
menukar telefon pintar menjadi alat pengesahan yang selamat, memperkasakan
pengguna korporat memiliki kawalan penuh ke atas transaksi dan akaun-akaun
perbankan Internet mereka sendiri.
    "Semua ciri-ciri keselamatan ini menjadikan TheGRID  Beacon sebagai
penyelesaian yang berkos efektif bagi menangani penipuan dan pemalsuan dalam talian.
    "SMBC akan meneroka dan meneruskan perkhidmatan pengesahan seperti ini
kepada lain-lain perkhidmatan dalam talian bank kami," kata Takeshi.

    -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment