Tuesday, February 21, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN SENI GUNUNG FUJI, MEMAPARKAN KARYA AGUNG ITCHIKU KIMONO GUNUNG FUJI

TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada pameran seni musim bunga tahunan mereka yang bertemakan "Gunung Fuji," yang telah didaftarkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia pada tahun 2013. Pada tahun ini, pelbagai karya seni kimono oleh pelukis tempatan Itchiku Kubota, yang menghidupkan semula teknik ikat Tsujigahana pada zaman Muromachi (1338-1573), akan dipamerkan. Di samping itu, barangan daripada koleksi manik kaca purba beliau akan dipaparkan. Pameran ini, yang berlangsung dari 28 Mac hingga 30 April, akan diadakan secara percuma kepada semua pengunjung.


No comments:

Post a Comment