Wednesday, February 8, 2017

​MERIDIAN BIOSCIENCE MENGUMUMKAN PELANCARAN UJIAN PANTAS TRUQUICK(TM) BAGI ASIA PASIFIK

CINCINNATI, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pelancaran TruQuick™, iaitu menu produk titik penjagaan yang menyeluruh bagi ujian pantas untuk diagnosis penyakit tropika, berjangkit, kelamin, pernafasan, gastrousus, kanser dan penyakit jantung. Menu produk ini akan membolehkan Meridian meluaskan portfolio produk ujian pesat nilai tingginya untuk operasi komersial di Asia Pasifik dan pasaran baru lain di seluruh dunia.

TruQuick™ adalah menu immunoassay kualitatif aliran sisi kromatografi yang melebihi 60 produk. Ujian pantas TruQuick™ boleh membantu dalam keputusan diagnosis patogen berjangkit dan penyakit akut penting dalam masa 10 hingga 20 minit dengan tahap ketepatan dan kelajuan yang tinggi. Meridian memahami keperluan ujian klinikal di Asia dan pasaran lain yang baru untuk kelajuan, kepekaan, kekhususan dan keluasan barisan produk. 

No comments:

Post a Comment