BRISBANE, 6 Feb./Medianet International-AsiaNet/--
Springfield Land Corporation (SLC), pemaju bandar raya Greater Springfield yang telah memenangi pelbagai anugerah, amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian pembangunan dengan kumpulan pembangunan dan pelaburan China Guangzhou R&F Properties Co., Limited (R&F Properties) dan Etone Australia Holdings (Etone) untuk melaksanakan sebuah projek utama pangsapuri berketumpatan sederhana hingga tinggi. Pembangunan kediaman yang besar itu, yang akan dikenali sebagai Central Gardens, terletak bersebelahan dengan stesen kereta api dan hab transit di tengah-tengah Greater Springfield dan akan terdiri daripada kira-kira 10,000 pangsapuri dan ruang sokongan komersil dan runcit. Nilai akhir yang dianggarkan adalah melebihi $6 bilion.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9731
No comments:
Post a Comment